fbpx

Beri Ruang Buka Surau

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 390Words
  • 423Views

Semua tutup, tiada ruang untuk solat

Masuk pasaraya tapi apabila nak solat di surau tak boleh sebab ditutup.

Isi minyak di stesen petrol, tandas buka tapi surau tak buka.

Lalu lebuh raya, singgah RnR tapi surau tutup sedangkan tandas dan kafeteria dibuka.

Ini bukan pengalaman orang lain, tapi pengalaman diri sendiri. Ya, masih boleh solat di tepi surau yang terkunci itu. Suasana dan waktu menuntutnya.

Namun ia begitu janggal sekali dan saya yakin bukan saya seorang yang merasainya.

Rakyat resah apabila surau ditutup di pasaraya, stesen petrol yang sedang beroperasi. Bukan rakyat pertikaikan kenapa kedai, pasaraya, stesen petrol dibuka tapi hairan kenapa surau di situ tidak dibuka. Apalah salahnya jika SOP di premis berkenaan dipanjangkan ke surau kecil yang sedia ada di situ?

Kenapa ada pelbagai justifikasi untuk menutup masjid dan surau, tapi dalam masa sama Anugerah Bintang Popular boleh pula dianjurkan dengan satu justifikasi “tidak ada dalam aktiviti terlarang”.

Rakyat yang resah gelisah ini bukannya nak tunjuk alim atau terpengaruh dengan teori konspirasi Mereka hanya ingin solat. Ya, memang boleh solat di luar surau jika terdesak. Tapi apa ke jadah surau ditutup tapi masih boleh solat di luar surau?

Kalau masa awal dulu ketika timbul kluster tabligh, boleh kita gunakan justifikasi “masjid surau ditutup sebab taknak timbul fitnah”, tapi sekarang dah ada macam-macam kluster, ia sudah tidak lagi releven.

Memang boleh solat dekat rumah kalau ketika masuk waktu itu berada di rumah. Tapi realitinya bukan begitu. Ada yang sedang bekerja, ada yang sedang di jalan raya, ada yang sedang memandu ketika masuk waktu hingga habis waktu.

Rakyat bukan minta pasaraya, kedai, restoran, RnR, stesen minyak dan sebagainya ditutup. Bukan, bukan. Rakyat pun tahu ia penting sebagai essential services untuk terus dibuka seperti biasa.

Rakyat juga bukan minta masjid surau dikecualikan SOP. Bukan itu yang rakyat minta. Rakyat pun tahu pentingnya penjarakan fizikal untuk memutuskan rangkaian Covid-19.

Rakyat hanya minta surau yang terdapat dalam kawasan premis essential services dibuka seperti biasa dgn SOP sama macam premis induk untuk memudahkan mereka solat seperti biasa.

Adakah permintaan ini keterlaluan?

Nota: Asalnya tulisan ini pendek sahaja, tapi memandangkan ramai yang tak faham (atau buat-buat tak faham) mesej yang hendak disampaikan, jadi saya edit beberapa kali selepas membaca komen. Boleh bandingkan tulisan asal dengan cara klik edit history. Mesej yang sama ingin disampaikan dengan beberapa huraian tambahan.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
  Saya memang sudah lama tak menulis dan mempromosi biss…