Bersatu membangunkan tahfiz lebih baik daripada berlumba menubuh yang baharu

Saya terbaca satu posting daripada seorang ustaz selebriti yang memohon sumbangan untuk maahad tahfiznya.
Katanya selama ini ada sumbangan daripada beberapa usahawan, tapi akhir-akhir ini bisnes mereka terjejas teruk dan tidak mampu lagi untuk membuat sumbangan.
Saya membaca dengan perasaan sedih yang bercampur baur.
Sedih pertama, melihat sebuah pusat tahfiz yang begitu terdesak untuk mendapatkan dana. Saya yakin bukan satu, tetapi banyak lagi tahfiz swasta yang berada dalam keadaan serupa.
Sedih kedua, ia mencerminkan situasi ekonomi hari ini yang menghimpit ramai usahawan.
Sedih ketiga, agak serba salah saya suarakan secara terbuka.
Ia sudah lama saya pendam dan mungkin ada yang akan yang tersinggung.
Pahit untuk ditelan, jika saya katakan bahawa bahawa kita sebenarnya mempunyai lambakan maahad tahfiz swasta yang terlalu banyak tapi tidak berkualiti.
Ya, banyak dari sudut kuantiti tapi mengecewakan dari sudut kualiti pembelajaran, tenaga pengajar, fasiliti dan kualiti produk huffaz yang dilahirkan.
Saya ambil contoh di kawasan saya tinggal, di Batu Caves, Selangor.
Jika kita buat carian “tahfiz”, puluhan lokasi muncul dalam radius kurang 5 kilometer.
Dalam kiraan saya melalui Google Map, ada sekitar 20 buah tahfiz!
Ada yang hidup segan mati tak mahu, malah ada yang sudah meninggal dunia dan lumpuh kekal dan hanya tinggal bangunan.
Saya pernah lihat sendiri ada institusi tahfiz yang jaraknya hanya 200 ke 300 meter antara satu sama lain dalam satu jalan yang sama.
Malah ada juga dalam satu kawasan kampung pun ada beberapa sekolah tahfiz swasta milik persendirian.
Bandingkan pula dengan sekolah Cina.
Carian di kawasan yang sama hanya menunjukkan dua buah sekolah sahaja. Ya, anda tidak silap baca. Ada DUA = 2 sahaja.
Kedua-duanya mempunyai kompleks yang lengkap, luas dan tersusun.
Salah satunya dekat dengan pejabat saya, INFAQ Consultancy, Batu Caves.
Dari pintu pagar sahaja sudah tersergam struktur yang kukuh hingga ke bangunan utama.
Dari pintu masuk sekolah sudah ada bumbung yang memayungi kepala pelajard daripada terik mentari dan hujan sebaik sahaja melangkah ke pagar sekolah.
Jika dibandingkan, fizikal sekolah itu mengalahkan Sekolah Kebangsaan biasa.
Sekolah Cina tidak hanya mengharap bantuan kerajaan tapi mereka mendapat dan dan sumbangan daripada para usahawan dan dermawan dari kalangan bangsa mereka.
Pihak sekolah fokus untuk membangunkan pelajar tanpa perlu fikir mana nak cari dana.
Saya tak jumpa lagi mana-mana sekolah bantuan penuh kerajaan yang berbumbung sebaik sahaja masuk pagar sekolah hingga ke bangunan kelas, tapi ia ada di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ini.
Sedangkan kebanyakan sekolah tahfiz swasta persendirian beroperasi dalam keadaan sangat dhaif malah ada yang dhaif jiddan.
Tidak seperti sekolah Cina, sekolah-sekolah tahfiz ini struggle untuk car dana bangunkan sekolah. Dialah pemilik, dialan guru, dia jugalah yang mencari dana untuk sekolah.
Jangan salah faham. Saya bukan menyalahkan tahfiz. Malah anak-anak saya juga dihantar ke sekolah tahfiz swasta daripada puluhan yang ada ini.
Ini hanyalah pandangan kritikal saya terhadap para pengusaha tahfiz, khususnya dalam kalangan agamawan dan asatizah, berdsarkan pengalaman sebenar.
Niat membangunkan pusat tahfiz itu sangat baik. Tetapi niat sahaja tidak cukup tanpa persediaan dan strategi yang betul.
Maaf cakap, ada maahad tahfiz yang dibuka sekadar melepaskan batuk di tangga.
Ada juga yang menjadikan label tahfiz untuk kepentingan peribadi. Akhirnya, pelajar yang menjadi mangsa dan institusi tahfiz secara umum yang mendapat nama buruk.
Dalam bab ini, boleh contohi MADAD milik Ustaz Yaakub Yusra. Kali pertama bertemu beliau, jelas visi misi maahad berkenaan untuk dibangunkan.
Bukan sekadar itu, beliau juga memang membuat perancangan kewangan dari awal strategi ekonomi untuk mengumpulkan dana pembinaan sekolah tersebut.
Bukan itu sahaja, ia juga siap diaudit untuk memastikan aliran Tunai kekuar masuk duit disemak secara telus.
Alangkah bagusnya semua pihak berlumba-lumba membuka pusat tahfiz, bersatu dan membangungkan SATU, DUA atau TIGA pusat tahfiz yang lengkap dan efektif.
Daripada buat lebih banyak pusat tahfiz, lebih baik kita bersatu membangunkan tahfiz sedia ada.
Pusatkan segala tenaga kerja, sumber manusia, dana dan kepakaran kepada satu, dua atau tiga pusat dan bangunkan sehabis baik.
Lihat bagaimana masyarakat Cina membangunkan Sekolah Jenis Kebangsaan mereka.
Apabila dana dan tenaga dipusatkan untuk membangunkan satu institusi, hasilnya jauh lebih berkualiti daripada membahagikan sumber kepada 10 institusi yang kecil-kecil.
Dana RM1 juta dengan 100 tenaga kerja untuk satu pusat akan menghasilkan impak lebih besar daripada membahagikan kepada 10 pusat dengan RM100,000 dan 10 tenaga kerja setiap satu.
Tapi saya tahu ia satu usaha yang sukar, sebab masing-masing ada kepentingan untuk membangunkan pusat tahfiz dengan jenama sendiri.
Dan inilah yang berlaku selama ini. Dan ini jugalah manifestasi umat Islam hari ini, sukar untuk bersatu. Masing-masing ada ego kepuakan Masing-masing.
Lidi yang diikat bersama akan membentuk formasi yang kuat, berbanding lidi yang berpisah.
Malah dalam surah As-Saff Allah menyebut bahawa Dia suka orang-orang yang berjuang di jalannya dalam satu saf umpama bangunan yang berdiri teguh.
Apabila tenaga, dana dan usaha digabung, hasilnya lebih kukuh, lebih berkesan, lebih bertahan lama dan lebih berimpak tinggi berbanding bergerak sendiri-sendiri.
Bersatu lebih baik.
Afyan Mat Rawi
Ada anak-anak di sekolah tahfiz
UPDATE & IKLAN:
Saya juga seorang usahawan dan mengrekrut usahawan-usahawan baru dalam bidang kewangan dan takaful.
Jadi suka saya ajak rakan-rakan untuk menjadi usahawan takaful online!
– Syarikat pertama dan satu-satunya yang membolehkan ejen buat quotation dan submission hanya menggunakan telefon pintar. Kompeni lain memerlukan iPad, jadi kos permulaan di sini jauh lebih rendah.
– Boleh dilakukan secara online 100% daripada marketing online hingga ke closing online. Latihan disediakan
– Komisen sehingga 40%! Di kebanyakan syarikat lain, kadar komisen hanya sekitar 25% hingga 35%.
– Peluang kenaikan pangkat lebih cepat. Ada pengalaman dalam sales, takaful, atau kewangan? Boleh fast track ke jawatan AM atau GAM dalam masa 6 bulan sahaja.
– Bukan ALC tetapi ejensi 3Tier. Apabila naik pangkat jadi GAM, boleh bina ejensi sendiri tanpa terikat dengan ejensi asal, sebagaimana dalam ALC.
– Insentif tambahan sehingga RM5,000 sebulan untuk ejen baru. Tiada kontrak tambahan diperlukan.
– Trip luar negara mudah capai. Hanya RM50,000 ACE layak ke Taiwan, RM80,000 untuk umrah, dan RM120,000 sahaja untuk ke London. Syarikat lain ada yang letak minimum RM200,000!
– Maintenance kontrak rendah. Hanya 12 kes setahun untuk kekalkan status sebagai ejen.
– Produk best-seller! RM40++ sebulan untuk hibah takaful RM200,000! Mudah untuk “dijual”
Berminat? Klik link di sini
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran