Betul Ke Beli Rumah Boleh Dapat Wang Tunai Free?

  • Reading:3Minute:s
  • PostView Count:40Views

Banyak betul nampak iklan macam ni. Zero downpayment + free money atau selalunya disebut cashback.

Zero downpayment tu betul.

Tapi free wang tunai tu tak berapa tepat. Wang tersebut adalah hutang dan kena bayar balik dalam ansuran bulanan rumah kelak.

Secara praktisnya, jika nak beli rumah, bank akan luluskan pembiayaan 90% daripada harga jualan rumah.

Jadi, pembeli perlu sediakan 10% daripada harga rumah dan baki 90% akan dibayar secara ansuran bersama keuntungan bank.

Itu tak termasuk lagi dengan kos peguam, stamp duty, valuer dan sebagainya, dengan anggaran 5% daripada harga rumah.

Apa yang perlu anda tahu

Apa rasionalnya? Ia adalah salah satu kayu ukur keupayaan seseorang untuk membeli dan membayar ansuran rumah tersebut.

Contohnya, jika harga rumah RM300,000, maka pembeli perlu sediakan RM30,000 sebagai deposit rumah tersebut bersama RM15,000 untuk kos-kos lain tadi. Total RM45,000.

Jika dia menyimpan sebanyak 1,500 sebulan, ia memakan masa selama 30 bulan atau hampir 3 tahun.
Maknanya, sebaik sahaja dapat mula dapat kunci rumah, pembeli tadi hanya meneruskan tabiat menyimpan RM1,500. Jika sebelum ini RM1,500 masuk ke akaun simpanan maka jumlah yang sama kini dimasukkan ke akaun ansuran rumah.

Jumlah dan tabiat yang sama, Cuma kali ini ditukar kepada instrumen berbeza.

Jadi, itulah rasional kenapa bank sediakan pembiayaan 90% daripada harga rumah dan selalunya harga dan nilai rumah adalah sama.

Ia sebagai “safe guard” untuk memastikan seseorang itu bukan sahaja layak tapi mampu membeli dan membayar ansuran rumah tersebut.

Maknanya, jika seseorang itu nak membeli rumah yang berharga RM300,000 tapi tidak mempunyai simpanan sebanyak RM45,000, kebarangkalian besar dia tak mampu untuk membeli rumah tersebut.

Jika sebelum beli rumah dia tak mampu nak menyimpan RM1,500 sebulan, sudah tentu selepas dapat kunci pun tak mampu untuk membayar ansuran sebanyak itu!

Nampak tak rasional di sebalik keperluan deposit apabila membeli rumah?

Layak tak semestinya mampu.

Namun sistem ini ada kelemahan dan boleh dimanipulasi. Tanpa ada simpanan deposit pun orang boleh membeli rumah. Bukan setakat itu, malah dapat cashback lagi!

Pada pemerhatian saya, inilah punca kenapa ramai yang bersungut lepas dapat kunci rumah mengadu masalah kewangan. Sebabnya, tak ukur baju di badan sendiri.

Orang yang tak ada tabiat menyimpan yang baik dan mempunyai tabiat boros belanja, akan terus-menerus dengan tabiat mereka sebelum dan selepas membeli rumah.

Bayangkan, orang-orang sebegini boleh beli rumah tanpa bersusah payah menyimpan deposit dan kemudian dapat sedebuk wang cashback!?? Apa agaknya akan terjadi selepas itu? Agak-agaknya, apakah yang mereka akan lakukan dengan wang cashback dengan amaun yang tak pernah mereka simpan sebelum ini?

Tak dapat dinafikan dewasa ini banyak peluang untuk beli rumah tanpa deposit, namun di sebalik perkara tersebut, ada risiko yang bakal dihadapi.

Ibarat pisau, di tangan seorang Chef ia boleh digunakan untuk menyediakan makanan yang lazat, tapi di tangan kanak-kanak ia boleh membawa kepada cedera parah dan maut.

Jika seorang pelabur hartanah yang mempunyai banyak pengalaman dalam jual beli dan manipulasi pelaburan hartanah, peluang itu adalah lubuk emas mereka.

Tapi bagi orang yang baru nak beli rumah, baru nak memulakan pelaburan – silap gaya ia bukan lagi lubuk emas, tapi boleh jadi lubuk maut!

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy
P/s: Fahami 7 asas kewangan di Seminar Bijak Merancang Wang 2.0 LIVE 23 Oktober 2021 akan datang.
.
Anda akan dapat bonus bernilai sehingga RM295 lagi.
.
Yuran seminar ini hanya RM15 dan terhad untuk 2000 orang sahaja.
.
Cepat klik:
https://akademibmw.com/bmw-live/

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Saya baru selesai menonton K Drama viral, Squid Game. Berikut…