Bilakah Masa Terbaik Melanggan Takaful?

Masa Terbaik Untuk Melanggan Takaful

Masa pertama terbaik untuk langgan takaful ialah;

… Sehari sebelum kemalangan
… 31 hari sebelum dimasukkan ke hospital
… 61 hari sebelum sakit kritikal
… 91 hari sebelum meninggal dunia

Masa kedua terbaik ialah SEKARANG.

 

rugi melanggan takaful

Rugi langgan takaful ?

“Encik Afyan, saya nak batalkan takaful”, kata seorang pelanggan.

“Boleh. Sebelum itu boleh saya tahu kenapa? Saya perlu isi dalam borang feedback”

Pelanggan berkenaan senyap beberapa ketika sebelum menyambung,

“Saya rasa rugi bayar RM300 sebulan selama 5 tahun. Kalau saya simpan jumlah ini, saya sudah ada sekurang-kurang RM18,000”

“I see… Begitu rupanya. Maknanya kalau Encik masuk hospital, meninggal dunia dan ditimpa penyakit kritikal dalam masa 3 tahun ini, baru Encik rasa untung melanggan takaful?”

“Eh, bukan begitu. Saya rasa rugi sebab tak guna pun selama 3 tahun ini”.

“Kalau begitu saya cadangkan Encik langgan takaful pada waktu terbaik”

“Waktu terbaik? Maksud Encik?”

“Tadi Encik kata rasa rugi melanggan takaful sebab sudah 5 tahun bayar tapi tak digunakan. Jadi saya cadangkan Encik waktu terbaik untuk melanggan takaful supaya tak rasa rugi”

“Boleh juga begitu. Bila waktunya?”. Nampak bersinar-sinar wajahnya.

“Ada beberapa waktu terbaik untuk melanggan takaful. Pertama, sehari sebelum kemalangan. Kedua, 91 hari sebelum ditimpa penyakit kritikal. 121 hari sebelum meninggal dunia”.

“Eh, maka boleh kita tahu bila kita mati, jatuh sakit atau kemalangan!”.

Nampak beliau tak puas hati.

“Jadi, kalau Encik batalkan polisi ini sekarang, bagaimana agaknya jika berlaku musibah-musibah tadi selepas Encik batalkan polisi hari ini?”

Beliau terdiam. Mungkin sentap. Saya memang nak bagi sentap pun.

Saya menyambung lagi;

“Mungkin Encik rasa menyesal bayar RM300 sebulan selama 5 tahun tapi tak berlaku apa-apa.

Tapi percayalah, Encik akan lebih menyesal sekiranya musibah tadi datang ketika Encik sudah batalkan polisi ini.

Sebenarnya, apabila 5 tahun Encik langgan takaful dan tidak pernah claim, sepatutnya bersyukur sebab Allah berikan kesihatan dan dihindari dari sebarang musibah kematian, lumpuh, sakit kritikal atau dimasukkan ke hospital.”

Takaful adalah persediaan

Saya biarkan beliau berfikir, sebelum menyambung lagi;

“Takaful bukan seperti Panadol yang boleh pakai masa kita sakit. Biar kita terawal 5 tahun sign up polisi takaful berbanding kita menyesal terlewat sehari.”

“Takaful ni macam topi keledar. Apabila kita pakai topi keledar tapi tak kemalangan, bukan bermaksud rugi pakai topi keledar.

“Sama juga kita ada airbag dekat kereta. Bayar mahal-mahal, tapi tak kemalangan, bukan bermaksud rugi kalau tak kemalangan.

“Atau macam bank letak sekuriti 24 jam, pasang Pak Guard keliling bank. Bukan murah bayar semua tu. Kalau tak ada rompakan, bukan bermaksud rugi bayar semua tu.

“Bermaksud, kita patut bersyukur kerana tiada musibah yang melanda. Dan apabila musibah melanda, kita dah bersedia”.

Kisah ini adaptasi daripada sebuah kisah benar yang diolah kembali untuk memudahkan pembacaan.

Sebenarnya, kalau fikir pasal komisen semata, polisi dah masuk tahun ke-6, kalau dia batalkan polisi tak ada kesan banyak pun sebab dah tinggal sikit.

Tapi bisnes takaful bukan sekadar komisen. Memberi kesedaran tentang peri pentingnya takaful kepada masyarakat. Dalam keadaan bangsa lain menggunakan insurans sebagai instrumen pengekalan kekayaan dari satu generasi ke satu generasi, bangsa kita skeptikal terhadap takaful.

Selepas diselidik, rupa-rupanya beliau menerima nasihat supaya batalkan polisi supaya ada duit lebih untuk buat simpanan supaya cukup deposit beli rumah.

Katanya, beli rumah lebih untung berbanding takaful.

Saya menarik nafas panjang sebelum kongsikan bahawasanya hartanah dan takaful adalah instrumen kewangan yang berbeza fungsi dan tujuan.

Hartanah bertujuan untuk pelaburan, manakala takaful pula untuk tujuan perlindungan kewangan.

Kedua-duanya saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Hartanah bukan alternatif takaful.

Hartanah RM1 juta, installment RM5,000 sebulan. Tapi coverage income protection RM1 juta, sumbangan bulanan hanya sekitar RM250 sahaja.

Beli hartanah, boleh sewakan, tapi takaful tidak.

Tapi kalau masuk hospital, takkan nak tunjuk kontrak SNP kepada bank?

“Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan”

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

Baca sampai habis? Minta tolong sikit;

1. Follow dan klik see first fb.com/afyan.ikhlas jika belum
2. Klik share posting ini
3. Jemput follow saya di beberapa media sosial lain;
– Telegram :  t.me/AfyanIFP
– Youtube : YouTube.com/c/AfyanIFP
– Intagram :  Instagram.com/Afyan.IFP

– Afyan, IFP

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Tags: