Buat kesekian kalinya, pelaburan dan market saham & unit trust jatuh, apa nak buat?

  • Reading:4Minute:s
  • PostView Count:284Views

Anda pernah melabur atau masih melabur dalam unit trust?

Pernah tengok dokumen ini, yang dipanggil sebagai Fund Fact Sheet atau FFS?

FFS adalah dokumen penting untuk pelabur fahamkan kos, risiko, track record sesuatu dana sebelum kita melabur.

Untuk versi yang lebih jelas, klik di sini

Dana Makmur PHEIM (DMP) adalah antara dana unit trust favourite yang banyak kali saya tulis dan promote.

Kali pertama saya tulis dana ini ialah pada tahun 2016.

Sehinga kini, ia menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Kebetulan, harga sekarang tengah rendah, kita sauk siap-siap.

Sekarang memang market tengah merah, maka saya kongsikan tulisan saya 2 tahun lepas apa tindakan sewajarnya bagi pelabur unit trust.

Ini tulisan tahun 2020, kira-kira 2 tahun lepas.

Berikut saya kongsikan sedikit petikan daripada tulisan di atas:
“…Majoriti dana unit amanah sekarang sedang jatuh. Ya, majoriti besar sedang jatuh, tidak kira sebarang kategori sama ada luar dan dalam negara. Majoriti carta menunjukkan graf jatuh dan merah untuk tempoh YTD, 1 Year, 3 Year dan 5 Year.

Apa yg perlu pelabur lakukan?

A. Keluarkan / cut loss. Panik! Panik!
B. Tambah pelaburan, sebab harga tengah murah. Shoping time!
C. Biarkan. Nanti akan naik balik. Wat lek wat pis. Kalau keluar tak tau nak invest mana, lagipun tak terdesak pun nak guna. Nak tambah, tak ada modal la pula.

Hahahah!

Ia berbalik kepada objektif asal pelaburan kita. Tanya balik kepada diri sendiri; kali pertama kita membuat keputusan pelaburan, apa tujuan kita?

Adakah utk setahun?
Adakah utk 2 ke 3 tahun?
Adakah utk 4-5 tahun?
Adakah utk 10 tahun?
Adakah utk dana persaraan apabila kita bersara pada usia 55 tahun?

Jika kita melabur utk tempoh setahun, unit trust bukan tempatnya. Malah jika utk 2 ke 3 tahun pun, ini bukan tempatnya. Dan jika itulah tujuannya, maka lebih baik keluarkan sahaja”

Seterusnya boleh baca tulisan di atas, yang saya tulis ketika market sedang merudum, sejurus selepas PKP 1.0 tahun 2020 diumumkan.

Kemudian saya perasan, tulisan yang hampir sama saya tulis pada tahun 2018, 2 tahun sebelum tulisan tadi.

Saya petik sedikit daripada tulisan berkenaan:
“Soalan yang timbul di kalangan rakan-rakan pelabur ialah “apa nak buat sekarang?”

Jawapan paling mudah “watlek watpeace sudahlah”. Hahaha

Ya, jawapan itu untuk rakan-rakan pelabur yang pernah tanya saya setahun dua lepas ketika saham-saham ekuiti Malaysia jatuh dan memberi impak kepada dana-dana unit trust yang melabur ke pasaran ekuiti Malaysia.

Sebelum-sebelum ini pun pernah berlaku begini. Dan kini sedang berlaku. Dan pastinya akan datang akan berlaku lagi.

Baik, jika inginkan jawapan lebih berhemah, baca seterusnya.

Ada 3 persoalan utama yg perlu dijawab;

1. Apakah objektif pelaburan anda?
2. Adakah anda aware (nak terjemah apa ya perkataan “aware?”) tentang volatility dana unit trust yang anda labur?
3. Pada tahap mana anda bersedia untuk menghadapi kerugian dana-dana yang anda laburkan?

Sebenarnya persoalan ini perlu jawab di awal-awal pelaburan lagi.”

Dan pada tahun 2016 pun saya pernah tulis perkara sama;

Mesej yang saya sampaikan pada ketiga-tiga artikel di atas, adalah sama.

Jika tanya saya, tindakan yang saya lakukan ialah tambah pelaburan.

Ia bukan bermaksud nasihat saya ini betul untuk semua orang, tapi saya kongsikan apa yang saya sedang lakukan.

Antara sebab saya selesa memilih unit trust, sebab ia berisiko rendah. Dalam masa sama juga, saya tahu ia bukanlah pelaburan yang memberi pulangan yang tingi. Dapat hasil yang lebih baik daripada Tabung Haji, ASB dan KWSP sudah cukup baik.

Yang penting kita pilih dana yang berkuaiti, melabur berdasarkan objektif pelaburan kita.

Jika berminat nak buka akaun unit trust secara online, boleh ikut langkah-langkah di bawah;

Step by step buka akaun FAME

1. Kena copy paste ke browser. Sekuriti tahap Gaban. JANGAN KLIK. Nanti error
https://www.fame.com.my/Home/Register?QWNjVHlwZT1VVCUyME5vbi1XcmFwJldyYXBGZWU9MC4wMCZBQ29kZT1QTUIwMDc0MA==

Guna PC atau laptop lebih baik.
Jika guna phone, mungkin kena pusingkan handphone guna mode landscape.
2. Pilih individual
3. Isi semua maklumat
4. Pilih dana Phillip Islamic dgn kos RM1 minima utk buka akaun
5. Attach IC utk pengesahan.
6. Emel pengesahan akan dihantar dlm masa 24 jam
7. Selepas dpt emel, mesej ke https://admininfaq.wasap.my beritahu nak invest dlm dana ini. Beritahu nak buat regular setiap bulan
8. Admin akan bagi instruction melalui emel
9. Pelanggan login sistem FAME utk buat instruction seterusnya

NOTA PENTING: Ini adalah platform pelaburan Single License Investment yg mempunyai kos dan risiko tersendiri. Prestasi masa lampau tak menjamin pulangan masa hadapan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Macamana konsep TAKAFUL tu. Dipetik daripada FB Tuan Ajian Kamarudin…