Keliru Dengan Moratorium 1 dan 2

Ramai juga saya perasan yang terkeliru dengan kenyataan bahawa moratorium kali ini tidak ada faedah / interest terkompaun. Atau dalam perbankan Islam ia disebut sebagai keuntungan.

Ramai sangka ia tak sama dengan moratorium lalu. Dan ramai juga yang kata sama dengan moratorium lalu.

Sebenarnya begini, pertama sekali bezakan dulu interest / keuntungan dengan interest /keuntungan terkompaun.

(Saya gunakan istilah interest, untuk tujuan pemahaman penulisan ini)

Semua pinjaman dan pembiayaan akan ada interest dan keuntungan masing-masing.

Apabila moratorium kali ini, keutungan atau interest tadi tetap dikenakan, cuma tidak terkompaun.

Contoh

Contohnya begini, andaikan baki hutang RM100,000 dengan kadar keutungan sebanyak 6% setahun maka purata keutungan bulanan adalah 0.5%.

Figure sebagai contoh bagi memudahkan kiraan.

Jadi, RM100,000 tadi, apabila dikenakan keutungan atau interest bulanan, akan jadi seperti berikut.

Baki awal: RM100,000

Bulan Pertama: + 0.5% keuntungan / interest terkompaun @ RM500 = RM100,500

Bulan Kedua: + 0.5% keuntungan / interest terkompaun @ RM500 = RM101,000

Bulan Ke-3: + 0.5% keuntungan / interest terkompaun @ RM500 = RM101,500

Bulan Ke-4: + 0.5% keuntungan / interest terkompaun @ RM500 = RM102,000

Bulan Ke-5: + 0.5% keuntungan / interest terkompaun @ RM500 = RM102,500

Bulan Ke-6: + 0.5% keuntungan / interest terkompaun @ RM500 = RM103,000

Baki akhir RM103,000

Kiraan di atas apabila kadar faedah atau keuntungan yang tidak terkompaun.

Bagaimana jika kadar interest tadi apabila terkompaun?

Contoh

Kita ambil figure yang sama sebagai contoh:

Baki awal: RM100,000

Bulan Pertama: + 0.5% keuntungan / interest @ RM500 = RM100,500

Bulan Kedua: + 0.5% keuntungan / interest @RM502.50 = RM101,002.50

Bulan Ke-3: + 0.5% keuntungan / interest @ RM505.0125 = RM101,507.5125

Bulan Ke-4: + 0.5% keuntungan / interest @ RM507.5375625 = RM102,015.05006

Bulan Ke-5: + 0.5% keuntungan / interest @ RM510.0752503 = RM 102,525.12531 l

Bulan Ke-6: + 0.5% keuntungan / interest @ RM512.62562655 = RM103,037.75094

Baki akhir RM103,037.75094

Contoh kiraan di atas adalah contoh mudah untuk membezakan antara faedah dengan faedah terkompaun.

** Kiraan sebenar ke atas hutang dan moratorium perlu dirujuk kepada bank masing-masing.

Rakan-rakan banker boleh tolong betulkan kalau salah.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Dipetik dari FB Asyraf Naim FAHAM TAKAFUL Pagi ni ada…