fbpx

Kritikan terhadap Admin Page Bebas Hutang dan pentingnya pendidikan Kewangan Syariah

  • 7 months ago
  • 2Minutes
  • 319Words
  • 105Views

Sebenarnya perkara ini takkan terjadi jika Cikgu June yang juga admin page Bebas Hutang fokus kepada usaha dan misi bebas hutang tanpa menyamakan perbankan Islam dengan konvensional. Usaha tersebut saya sokong 10000%.

Yang jadi masalah apabila beliau misleading dalam beberapa perihal hutang bank dan juga memberi persepsi negatif terhadap perbankan Islam.

Saya akui sebagai orang yang memperjuangkan sistem muamalat dan kewangan Islam hari ini.

Perjuangan saya ini didasari oleh ijtihad para alim ulama yang bertungkus lumus membebaskan umat Islam di Malaysia daripada riba sejak 40 tahun lepas yang sebelum itu sistem kewangan dikuasai oleh sistem kewangan konvensional riba.

Usaha tersebut memberi alternatif kepada umat Islam untuk memilih produk perbankan patuh syariah tanpa riba. Ia bukan usaha sehari dua. Ia juga bukan usaha seorang dua.

Tapi ia usaha bertahun-tahun malah makan masa puluhan tahun untuk menempatkan perbankan Islam yang ada hari ini, dan melibatkan puluhan malah ratusan alim ulama bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia.

Jadi, apabila mana-mana pihak yang mula menyamakan perbankan Islam dengan konvensional, saya akan tampil memberi penerangan.

Selama ini banyak posting-posting di page berkenaan yang memberi persepsi negatif terhadap perbankan Islam dan takaful.

Lalu saya memberi penjelasan di Page berkenaan dan invite Admin page untuk live berhubung isu yang beliau bangkitkan, tapi ditolak.. Tidak mengapalah jika begitu. Saya tidak mengatakan dia bacul atas dasar itu.

Saya screenshot posting dia malah siap tag, dalam masa sama memberi peluang kepada dia untuk respon. Ia sebagai alternatif Live yang saya tawarkan.

Saya kritik kefahaman beliau tentang hutang bank, sebab banyak misleading dalam masa sama dia bebas untuk membalas dan memberi komen di FB saya.

Tapi di postingnya yang menulis tentang saya, selepas saya komen terus dipadamkan dan kena blok.

Kalau begitu bukan bacul, apa dia tindakan sebegitu rupa?

Nak kritik perbankan Islam, silakan. Tak ada masalah. Perbankan Islam adalah makhluk yang tidak lepas daripada kelemahan.

Tapi jangan sampai memberi fitnah terhadap perbankan Islam.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Terbaca keluhan Dr Azizul Azli Ahmad "DI MANA MARUAH M40…