fbpx

Bukan Salah Kewangan, Tapi Masalah Mindset

  • 4 years ago
  • 4Minutes
  • 613Words
  • 383Views

Sebenarnya mereka tidak ada masalah kewangan, tapi mereka ada masalah mindset.

Dari mindset lahirnya sikap. Maka hasilnya mereka hidup susah. Ada orang yang selesa hidup meminta-minta, berpakaian selekeh, tak malu berhutang.

Baca nukilan pengalaman Tuan Khairul Abdullah ini. Topik tentang mindset ada dalam video pertama E-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW. Boleh lihat dan belajar di eSeminarBMW

Dipetik dari FB Khairul Abdullah

Saya pernah mewakili sebuah NGO besar dan terkenal ke sebuah kampung angkat, dimana kampung tersebut “diwujudkan” untuk membantu golongan miskin tegar.

Ada hampir 25 keluarga dikumpulkan dari segenap ceruk dan ditempatkan di “kampung baru” di pinggir sungai di atas tanah kerajaan.

Diberikan setiap keluarga sebuah banglo kecil 3 bilik yang dibuat dari batu bata yang ditaja oleh sebuah syarikat konglomerat.

Melihat kepada kampung tersebut, pastinya sangat bersyukur kerana semua keluarga tersebut adalah golongan susah yang diberi peluang untuk memulakan hidup baru.

NGO memberi segala jenis bantuan yang cukup untuk mereka bermula dari kosong. Dengan alatan dan modal untuk mereka menjalankan projek kelompok dan macam-macam lagi agar mereka dapat berdikari.

Diharap peluang yang diberikan dapat mengeluarkan mereka dari kemiskinan dan memberi masa depan yang lebih cerah.

Namun.

Namun, apa yang diharapkan semuanya tidak menjadi. Melihat kepada keadaan “kampung baru” yang merupakan taman perumahan yang asalnya cantik kini tidak lagi.

Saya duduk mendengar keluhan mereka.

“Lembu-lembu sering masuk ke kawan perumahan kami. Tiada pagar, mohon pihak tuan sediakan pagar.”

“Tiada khidmat mengangkut sampah, jadi kami terpaksa longgokkan sampah di belakang rumah bila lubang longgokan tu dah penuh. Mohon pihak majlis daerah datang kutip sampah.”

“Pokok di belakang rumah dah besar dan merbahaya. Boleh timpa anak-anak kami, mohon tolong potongkan.”

“Parit asyik tersumbat, banyak sampah. Jadi kawasan rumah kami jadi busuk. Nyamuk pun banyak. Macamana nak buat ni?”

“Projek ikan dalam sangkar kami tak jadi. Boleh tak bantu bagi duit nak buat sangkar baru? Atau nak buat projek lain pula boleh?”

“Ada bantuan duit tak? Kami susah ni, anak-anak nak sekolah, makan pakai tak cukup ni.”

Saya diaju dengan pelbagai pertanyaan dan permohonan, seolah wakil rakyat sudah saya ini.

Saya menjawab.

“Saya tak tinggal di sini tuan puan. Kalau saya tinggal di sini sudah pasti benda ni tak terjadi barangkali. Saya mungkin boleh tebang buluh tu buat pagar, dan akan korek lubang baru untuk buang sampah dan tebang pokok yang reput tu agar tak jatuh menimpa anak tuan-puan.”

Saya pun tambah lagi apa yang saya dan orang-orang kampung boleh sama-sama buat secara bergotong-royong tanpa menunggu dan mengharap orang lain buatkan untuk kita.

Senyap seketika.

Dalam pada itu, saya tengok ada sebuah rumah yang cantik dan kemas. Sekelilingnya bersih, longkangnya juga bersih.

“Siapa tinggal di rumah tu yer?”

“Ohh itu Kak Kiah (bukan nama sebenar) dia takde tu, keluar jual kuih, anak-anak kecik 3 orang. Dia memang rajin.”

Perkataan “rajin” itu terngiang-ngiang di telinga saya.

Jeda.

Bagaimana satu kelompok masyarakat yang sudah dibantu dengan nilai jutaan ringgit mensia-siakan peluang untuk memulakan hidup baru.

Semuanya perlu disuap dan disuap dan terus disuap.

Sampah sekeliling rumah pun mengharap orang yang kemaskan. Pokok nak tumbang belakang rumah pun harap orang nak tebangkan? Lembu yang datang pun harap orang tolong halaukan. Makan di atas meja pun nak harap orang yang hidangkan.

Pancing yang diberi pun dipatahkan.

Hmmm.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11).

Begitulah.

Ini kisah lama. Saya ke kampung tersebut sekitar tahun 2010. Mungkin sekarang semuanya sudah berubah, tidak seperti yang saya lihat 10 tahun dulu.

Saya menulis kisah ini sebagai peringatan untuk diri saya sendiri. Kita tak akan keluar dari keadaan kita sekarang jika kita tak ubah sifat dan sikap dalam diri.

Bangunlah dan berusahalah.

eSeminarBMW

KHAIRUL ABDULLAH
#SuperDaddy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tengok cara orang lama urus duit. Wak Amir, bekas pekerja…