January 29, 2020
Bukan Semua Medical Card Cover Covid-19
Akhir-akhir ini ramai yang bertanyakan saya sama ada medical cardnya cover tak untuk penyakit Covid-19.
Secara umumnya, apabila namanya penyakit jangkitan virus, kebanyakan medical card akan cover.
Namun dukacita saya ingin maklumkan, ada beberapa jenis medical card yang tidak cover penyakit Covid-19.
Ia juga tidak cover penyakit Influenza yang heboh sebelum itu. Mungkin ada yang tak perasan.
Tuan-Puan boleh semak sendiri untuk memastikan kesahihan maklumat ini.
Serba salah juga saya nak kongsikan sebab saya tahu agak ramai juga sebenarnya yang mempunyai polisi medical card seperti ini.
Senarai polisi medical card yang tidak memberi perlindungan
Akhir-akhir ini ramai yang bertanyakan saya sama ada takaful dan medical cardnya cover tak untuk penyakit Covid-19.
Berikut adalah senarai medical card dan polisi takaful yang tak cover Covid-19:
- Medical card & takaful yang masih dalam tempoh menunggu. Selalunya 30 ke 120 hari selepas sign up.
- Medical card & takaful yang dah habis tempoh matang.
- Medical card & takaful yang masih dalam bentuk quotation
- Medical card & takaful yang dah lama tak bayar
- Medical card & takaful yang dah lapse
- Medical card & takaful yang dah bertangguh lama nak ambil
- Medical card & takaful yang orang lain punya
- Medical card & takaful anak tapi parent tak ada
- Medical card & takaful yang tunggu nak bincang dengan isteri
- Medical card & takaful & takaful yang tunggu nak compare dulu dengan kompeni lain
- Medical card & takaful yang tiap-tiap bulan tunggu hujung bulan baru nak sign up
- Medical card 3 & takaful kompeni lama tapi sekarang dah tak kerja situ
- Medical card & takaful yang kau sembang nak ambil tapi bila ejen follow up, kau bagi blue tick
- Polisi takaful kereta. Sah-sah la tak ada medical card
- Medical card & takaful yang…. (Boleh tambah. Komen terbaik saya tambah)
Jadi, tolong semak polisi masing-masing.
Kalau ada lagi jenis medical card yang tak cover, boleh bagi komen. Komen terbaik saya akan tambah. Hoho!
Sumber dari FB Ayan Mat Rawi,IFP
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran