fbpx

Formula kewangan hutang beli kereta dan rumah

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 250Words
  • 517Views

“Kalau beli kereta, guna formula setahun gaji, bagaimana untuk rumah pula?”

Formula harga kereta tidak melebihi setahu gaji itu adalah formula yang banyak dikongsikan oleh pakar-pakar kewangan lain.

Sejak saya mula baca buku-buku kewangan 20 tahun lepas, sudah menemui formula ini dikongsi oleh banyak penulis.

Ada pun formula harga rumah seumpama itu, tidak pula dijumpai. Jika ada, tolong kongsikan, mungkin ada yang saya terlepas pandang.

Jadi, saya cipta sendiri formula ini, berkat ilham daripada Allah. Ia bukan wahyu mahupun dalil, maka ia boleh sahaja diterima dan ditolak.

Saya agak “obses” dengan 7 tahun, berdasarkan kisah mimpi Raja Mesir pada zaman Nabi Yusuf, dan pengalaman berjumpa dengan pelbagai masalah kewangan.

Maka untuk formula hutang, saya letakkan formula hutang kita jangan lebih 7 tahun pendapatan.

Lagi rendah lagi bagus. Sebaiknya ialah 3.5 tahun (separuh daripada 7).

Tapi jangan sekali-kali lebih daripada 7 tahun gaji, jika tidak ia mendekatkan dengan #nerakawang.

Yang ideal, hutang rumah sekitar 3 ke 5 tahun gaji. Jika campur hutang kereta setahun gaji, total maksima 4 ke 6 tahun gaji, masih di bawah angka 7.

Cukuplah hutang untuk 2 perkara besar ini, rumah dan kereta

Tak perlu dah hutang lain, seperti hutang kad kredit, hutang personal financing, hutang Court Mamoth, hutang Shoppe, hutang BNPL, hutang emas dibawa mati dan seumpamanya…

Lagi kurang hutang, lagi tenang hidup kita.

Hutang umpama pisau, jika tersalah guna boleh mencederakan.

Hutang juga ibarat kolesterol, jika terlebih ia memudaratkan.

Formula kewangan ini saya kongsikan dalam buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW yang diterbitkan sejak tahun 2021 dan sudah diulang cetak sebanyak 5 kali.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Bertahun-tahun gunakan Twitter, hanya sebulan lepas saya dapat rentak yang…