Buku Manual Wang kini menjadi aplikasi: Semak kesihatan kewangan terus dari telefon

Sehari dua ini sedang explore vibe-coding untuk membangunkan aplikasi Buku Manual Wang.

Sebelum ini ia dalam bentuk e-buku yang perlu dicetak, diisi dan kiraan secara manual.

Kali ini dalam bentuk aplikasi di handphone sahaja

Sesiapa yang pernah baca buku Bijak Merancang Wang akan nampak kepentingan membuat bajet menggunakan aplikasi ini.

Aplikasi ini berpandukan modul dalam buku Bijak Merancang Wang.

Ia BUKAN untuk merekodkan perbelanjaan harian.

Ia adalah untuk menyemak “kesihatan kewangan” seseorang.

Bagaimana ia berfungsi?

Pertama sekali pengguna akan merekodkan PENDAPATAN, PERBELANJAAN, ASET dan HUTANG mereka.

Kemudian selepas itu sistem akan membuat analisa “kesihatan kenangan” Berdasarkan maklumat yang diberikan.

Kalau saya buka pra-tempahan, ramai tak yang berminat?

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

Iklan

Add a Comment