fbpx

Cadangan KWSP sebagai cagaran hutang bank: untung rugi bank dan pencarum

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 583Words
  • 224Views

Menjadikan KWSP sebagai cagaran hutang bank memang cadangan yg baik dan menguntungkan…

… untuk bank.

Ia umpama gali lubang tutup lubang. Kemudian lubang baru yang digali adalah lebih besar daripada lubang yang asal.

Akan datang, gali pula lubang baru baru yang lebih besar untuk mengkambus lubang yang digali hari ini. Ia akan membentuk satu mentaliti baru iaitu berhutang.

Masalah utama tidak selesai jika mentalitinya sebegitu rupa.

Yang paling beruntung ialah bank. Rakyat dan pencarum KWSP belum tentu untung.

Hutang dengan bank, akan dikenakan kadar keuntungan atau faedah oleh bank terhadap penghutang.

Pusing ikut mana, yang pertama untung ialah bank, rakyat belum tentu.

Kecuali jika pinjaman yang dibuat itu dengan KWSP, mungkin lebih meringankan beban rakyat apabila hutang tersebut tanpa sebarang kos yang dikenakan ke atas pencarum.

Contohnya, pencarum dibenarkan untuk meminjam daripada KWSP sebanyak 10K dengan syarat mereka ada minima simpanan 10k dalam akaun KWSP mereka. Kemudian pinjaman itu tidak dikenakan sebarangan kos. Ia lebih baik berbanding meminjam dengan bank dan KWSP sebagai cagaran.

Sebenarnya sudah sekian lama, KWSP yang tujuan asalnya adalah untuk persaraan, sudah dibenarkan untuk pelbagai pengeluaran antaranya,

  • pembiayaan pendidikan anak-anak,
  • beli rumah
  • bina rumah
  • ansuran bulanan rumah
  • simpanan haji
  • kos perubatan
  • pelaburan
  • dll

Sejak pendamik melanda negara tahun 2020, KWSP menjadi talian hayat majoriti rakyat Malaysia.

Jika ia digunakan bagi yang benar-benar-benar-benar-benar-benar terdesak, kita boleh faham.

Tapi malangnya ramai juga yang menggunakan untuk tujuan yang tidak terdesak seperti beli handphone, renovate rumah, upgrade kereta, dan sebagainya.

Apabila berlaku sedemikian rupa, ia tidak mencapai tujuan utama bantuan melalaui KWSP.

Daripada i-Lestari, i-Sinar, I-Citra, pengeluaran khas KWSP dan yang terkini pula cadangan menjadikan ia sebagai cagaran untuk hutang dengan bank.

Siapa yang follow lama, tentu tahu bahawa saya banyak tegaskan bahawa wang KWSP lebih baik kekal di instrumen itu berbanding keluarkan untuk perkara yang kita sendiri tak faham.

Manakala bagi tujuan-tujuan lain, sebaiknya buat akaun berasingan daripada awal bekerja. Buat tabungan khas untuk tujuan pembelian rumah, pendidikan anak-anak, pelaburan, haji dan sebagainya.

Jika semuanya bergantung kepada KWSP, ia bukanlah sesuatu tindakan yang bijak kewangan.

Pandangan saya ini ada beberapa asas. Antaranya ialah kenyataan daripada CEO KWSP sendiri pada tahun 2016 bahawa hanya minoriti sahaja yang keluarkan wang KWSP untuk pelaburan, mendapat pulangan lebih baik daripada jika ia dibiarkan di KWSP. Majoriti balik modal dan lebih rendah.

Berdasarkan statistik juga, 70% pencarum KWSP akan habiskan wang mereka dalam masa 3 tahun selepas bersara. Manakala dalam laporan terkini statistik menunjukkan 6.1 juta pencarum memiliki jumlah KWSP bawah RM10,000, dan majoriti adalah bumiputera!

Sekali lagi saya tegaskan, jika situasi itu adalah disebabkan pengeluaran untuk tujuan yang benar-benar-benar-benar-benar-benar terdesak, dapat kita fahami.

Tapi malangnya ramai juga yang buat pengeluaran dengan mindset, “Bila lagi nak merasa duit KWSP. Kalau tunggu umur bersara, belum tentu hidup”.

Mindset sebeginilah yang menyebabkan majoriti orang mempunyai masalah kewangan. Ia bukan berlaku secara tiba-tiba. Ia daripada zaman belajar, hingga membawa ke zaman kerjaya, kemudian apabila berkeluarga dan akhirnya sampai ke tua.

Waktu zaman belajar, apabila dapat duit bantuan pelajaran seperti biasiswa, PTPTN (yang masih tak mansuh), atau JPA, meraka akan gunakan untuk berbelanja perkara yang bukan keperluan seperti handphone, gajet dan sebagainya.

Kemudian apabila mula berkerjaya, akan mula menbuat hutang yang tidak sepatutnya, membeli kereta melebihi setahun gaji, bertukar gajet saban tahun, mengikut trend dan sebagainya.

Kesannya akan membawa kepada jangka masa panjang apabila semakin tua dan bersara kelak.

Penyelesaian masalah menggunakan KPWS hanyalah umpama pil penahan sakit, tapi ia tidak menyelesaikan akar masalah sebenar, iaitu mindset kewangan yang ubat sebenarnya adalah ilmu dan literasi kewangan.

Afyan Mat Rawi, IFP

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ekonomi negara kita sekarang sedang sangat tenat dan politik negara…