fbpx

Power Betul Minachi Ni

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 273Words
  • 299Views

Kenal minachi ini? Power betul YouTube beliau.

Dalam masa sebulan lebih boleh sampai 100,000 subscribers.

Saya baru tahu daripada posting Tuan Hafiz Mansor, penulis ebook “Rahsia Youtuber Naikkan Views Dengan Headline”, tulis beliau:

“Masa aku mula-mula tengok video dia, Subscriber baru 100 orang lebih macam tu.

View video pertama ikan talapia bakar dia baru dalam 300 lebih macam tu saja.

Ni 3 bulan yang lalu.

Sekarang subscriber dia dah 100k lebih dah dan setiap video yang dia upload view mesti puluh ribu!

Dia bernama Sugu Pavithra. Suri rumah berbangsa india malaysia yang tinggal dikampung hanya rakam video suka-suka untuk dikongsikan.

Masak untuk keluarga sahaja.

Dia fasih berbahasa melayu menjadikan video dia yang rakam menggunakan handphone tanpa editing gempak menjadikan ia lebih menarik untuk ditonton.

3 minggu yang lalu, dia dapat surat dari google dimana youtube bayar dari video dia.

Haaa.. Nampak tak? Dah dapat income dari Youtube. Tak perlu pandai sangat pun. Rakam dan upload saja.

Siapa yang hari-hari masak kat rumah tu, buat satu Channel Youtube dan upload la apa yang korang masak.

Tak rugi apa pun. Mana tahu lepas dua tiga bulan upload, boleh dapat duit.

Tapi nak bagi orang nampak video kita, belajarlah buat headline dan discription yang betul.

Baru lah orang jumpa video kita dan tengok.”

Fuhhh tercabar saya dibuatnya.

Agak-agaknhya, apa yang menyebabkan video dia digemari ramai?

Sebab topik memasak?
Sebab dia India yang fasih bahasa Melayu?
Sebab dia konsisten?
Sebab di ada ilmu power?

Tengok tajuk pun biasa-biasa je. Tapi rupanya ramai yang minat. Apapun memang memang power beliau ni.

Kalau ada yang nak belajar tajuk video bagi orang jumpa dan tonton di sini 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Azizul Azli Ahmad #TabungKereta Bab kereta selalunya…