fbpx

Catatan Dari Kamar Mahkamah: Travelog Financial Fighter

  • 8 years ago
  • 2Minutes
  • 346Words
  • 702Views

“Kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan” – DSAI

Sejujurnya sejak beberapa bulan ini sejak tahun lalu, agak meletihkan apabila perlu naik turun mahkamah, berurusan dengan peguam, buat research utk kes saman pemula Alfafa ini – dan semua ini bukan percuma.

Asalnya ia hanya sekadar memberi peringatan-peringatan kpd rakan-rakan FB supaya tidak mudah-mudah terpengaruh dengan skim-skim pelik-pelik yg dipromosi dgn pulangan yg muluk-muluk.

Tapi akhirnya ia menjadi semakin serius dan lebih serius, akhir sekali saya mengambil keputusan utk menjadi “financial fighter” utk membanteras skim-skim sebegini.

Bukan Alfafa sahaja yang menarik perhatian saya, tapi juga beberapa skim-skim lain spt Tok Belagak, Mecca Fund, ARBA, Infinity Downline, Highway Group, dan banyak lagi yg saya pun sudah pun lupa.

Yg menarik skim Alfafa ini, ia menawarkan rumah dengan harga yg sangat-sangat rendah tapi perlu bayar tunai dan dapat rumah selepas 3 tahun.

Dan inilah “harga” yang perlu saya bayar – melibatkan masa, tenaga wang ringgit. Mudah-mudahan dengan sedikit sumbangan saya ini dapat memberi kesedaran kpd rakyat Malaysia supaya berhati-hati.

Berbalik kepada saman Alfafa dan Norsham.

Asalnya mereka mengemukakan saman fitnah pada awalnya, kemudian ditukar kepada saman pemula selepas peguam saya menghantar surat jawapan balas. Ia berlaku pada tahun 2015 lagi.

Lama mereka menyepi sehingga mereka menghantar pula surat saman pemula pada awal 2016, tidak lagi saman fitnah.

Jika saman fitnah, plaintif dan defendan perlu datang bersama-sama saksi ke mahkamah tapi dalam saman pemula, hanya dengan kehadiran peguam sudah memadai.

Saya mengambil keputusan utk hadir ke setiap sesi perbicaraan bermula dari sebutan kes, perbicaraan penuh dan hari keputusan kelak.

Dalam 2 sesi mahkamah yg berlangsung, plaintif langsung tidak memunculkan diri dan hanya diwakili peguam mereka, dari Tetuan Rahmah.

InsyaALLAH keputusan penuh akan dimumukan oleh hakim Mahkamah tinggi Shah Alam pada 15 Februari 2017.

Berdasarkan hujahan peguam plaintif dan defandan di hadapan hakim tadi, saya optimis utk memenangi kes.

Mohon doa rakan-rakan.

Jika ada yg ingin membantu atau menymbang, boleh mesej saya personal di FB ini atau telegram https://t.me/afyan_ifp

Paling kurang, sumbangan doa supaya saya kekal istiqamah.

Istiqamah Hingga Kemenangan!

Lawan Tetap Lawan!

Sekian, wassalam.

Afyan Mat Rawi
10 Januari 2017
7:58 malam,
Shah Alam.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Pelanduk selalu melupakan jerat, tapi jerat tak pernah melupakan pelanduk"…