Ketika pasaran tengah merah berdarah dan billionaire lain tengah rugi berbilion, Pakcik Warren Buffett selamba tambah $11.58 bilion sepanjang tahun ini. Itu pun menyusut kira-kira billion berbanding bulan lepas. Satu-satunya billionaire yang bertambah kekayaan pada tahun ini. Jadi, jika portfolio pelaburan anda tengah merah, jangan risau. Sebab kita setara dengan Elon Musk, Jeff Bezos, Mark
Selamat hari raya dari QM Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, pihak pengurusan Quantum Metal ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua ahli Muslim dan keluarga tersayang. Semoga Aidilfitri kali ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan yang berpanjangan buat anda sekeluarga. Dalam semangat perayaan
Kan saya dah kata? Saya dari masa depan. Hahahah! Sebelum Tabung Haji umumkan, saya dah update posting: “Agihan keuntungan Tabung Haji 2024 yang akan diumumkan lebih tinggi daripada tahun-tahun sebelum.Saya dari masa depan 😌” Alhamdulillah, Tabung Haji baru sahaja umumkan agihan keuntungan untuk tahun 2024 iaitu 3.25%. Paling tinggi dalam tujuh tahun! Memang satu pencapaian
Tahukah anda, Akaun 3 KWSP wajib dikenakan zakat setiap tahun jika cukup haul dan nisab? Ini berbeza dengan Akaun 1 dan Akaun 2, yang hanya dikenakan zakat selepas boleh dikeluarkan. Untuk rekod, KWSP kini mempunyai 3 jenis akaun: 1. Akaun Persaraan – Dahulu dikenali sebagai Akaun 1, untuk simpanan hari tua. 2. Akaun Sejahtera –
Harga emas naik paling tinggi dalam sejarah buat ke sekian kalinya. Dalam group penhimpan emas saya, ada yang tanya; apabila emas mahal begini elok ke jual emas yg dah dibeli. Sebenarnya ia bergantung kepada objektif kita beli emas masa mola-mola dulu. Kaedah ini terpakai juga untuk pelaburan lain. Apa pandangan anda? Nak join group ini?
Hampir setiap tahun ada berita “Harga emas tertinggi dalam sejarah!” Setiap kali harga emas mencecah ATH (all time high ), pasti muncul perasaan berbaur-baur. Pertama, rasa gembira sebab nilai simpanan emas bertambah berbanding harga masa beli. Kedua rasa menyesal sebab tak beli lagi banyak tempoh hari. Hahaha Siapa yang paling untung apabila harga emas naik?
Scammer sekarang memang dahsyat. Modal buat iklan berbayar bukan main banyak. Hari-hari bersusun iklan pelaburan, skim cepat kaya, kerja mudah gaji lumayan. Paling bahaya, iklan pelaburan saham palsu. Sekali tengok nampak legit, siap guna gambar guru-guru saham terkenal. Tapi apabila teliti, rupanya scam. Kalau betul boleh buat duit mudah, kenapa sibuk cari orang lain? Hati-hati.
“Be greedy when others are fearful”, kata Pakcik Warren Buffett. Maksudnya, ketika orang lain panik dan jual, itulah masa untuk kita beli. Ia senang untuk diungkapkan, tapi apabila betul-betul berlaku, tangan pun menggigil nak tekan butang “buy”. Sekarang ni, pasaran saham tak menentu, ekonomi global penuh ketidaktentuan, kripto turun naik macam roller coaster, unit trust
Pasaran saham ini kadang-kadang macam roller coaster. Naik turun, berbelit-belit, dan kadang-kadang buat orang rasa nak muntah. Tapi menariknya, ada corak yang boleh kita nampak kalau kita tengok sejarah. Graf ni contohnya, tunjuk perjalanan S&P 500 lepas pilihan raya presiden AS. Hari pilihan raya ditetapkan sebagai titik mula, macam starting line untuk perlumbaan politik dan
PORTFOLIO TENGAH MERAH KE TU? Rilekslah. Dunia belum kiamat. Kalau tak jual, belum rugi (Kata-kata untuk penyedap hati) Unit trust jatuh. Saham jatuh. Private mandate jatuh. Kripto jatuh. Emas pun jatuh. Itulah yang terjadi beberapa hari ini. Apabila pasaran naik, semua seronok dan tamak. Apabila pasaran jatuh, semua mula panik dan takut. Kenapa? Sebab ramai