Dari Kecil Di Ajar Untuk Menyimpan, Bila Dah Besar Lupa

Dipetik dari FB Amir Zulkifli

Sewaktu kita kecil, ibu dan ayah kita menggalakkan kita untuk membuat simpanan. Sentiasa diingatkan supaya jangan boros bila berbelanja.

Dulu kita menyimpan untuk membeli barang-barang yang kita inginkan. Cukup sahaja duit tersebut dikumpul, baru kita boleh membeli barang tersebut. Secara tak langsung, kita diajar untuk menangguhkan kehendak kita yang diistilahkan sebagai ‘Delay Gravitation’.

Bila kita sudah dewasa dan bekerja, kita ‘terlupa’ untuk meneruskan amalan menyimpan tersebut. Banyak kehendak yang kita perlu penuhi untuk memuaskan hati.

Sesiapa yang dah ‘terlupa’, boleh ikuti Prinsip Penting Menyimpan Wang di bawah:

1. Potong 10% daripada gaji untuk disimpan. Buat teknik ‘Simpan Dan Lupa’.
2. Jangan ambil wang yang telah disimpan. Pastikan wang tersebut disimpan di tempat yang risiko rendah dan tiada caj menyimpan. Kalau boleh Simpan di tempat yang ‘susah’ untuk kita keluarkan Wang tersebut.
3. Yang belum membuat simpanan, Mula untuk menyimpan sekarang dan jangan bertangguh. Dapat sahaja gaji, terus asingkan dan Simpan terus.
4. Mewujudkan dana kecemasan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji. Lagi bagus dapat menyediakan dana kecemasan sebanyak 6 bulan gaji.
5. Mengadakan pelaburan. Cari ilmu pelaburan dengan sebaiknya dan tanya pakar pelaburan sebelum membuat pelaburan.
6. Mengambil Takaful sebagai alat Perlindungan diri jika berlakunya musibah seperti kematian, penyakit kritikal dan lain-lain. Sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan beban kewangan kepada keluarga jika kita terkena musibah.

Amir Zulkifli
INFAQ Consultancy

Suber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com