Darkside industri takaful: Ejen bayar polisi klien demi PR
Saya screenshot daripada Twitter Mag Malaya Ahmad. Ini antara dark side atau sisi hitam industri takaful yang jarang diceritakan secara umum.
Ofkoz la, selalunya ejen dan leader takaful akan cerita yang best-best sahaja pasal industri kepada publik.
Cerita pasal komisen 18k bulan pertama, tayang kereta mewah, tayang cek besar, tayang gambar melancong ke luar negara, tayang claim lulus dan seumpamanya.
Alang-alang posting ini, viral saya kongsikan secara detail daripada sudut pandangan saya yang berada dalam industri takaful sejak 2003.
Ya, selama 20 tahun dari Oktober 2003 hingga kini. Bulan depan anniversary saya yang ke 20 dalam industri takaful. Hahahah!
Ada banyak isu dibangkitkan, saya fokus kepada 2 isu utama yang dibangkitkan, iaitu
1. Isu PR atau “persistency rate”
2. Isu reprising bayaran polisi
Kita pergi satu persatu
ISU PERTAMA
1. ISU PR (PERSISTENCY RATE)
Ejen “terpaksa” bayar sumbangan bulanan takaful pelanggan sebab nak jaga PR atau “persistency rate”.
1. PR NI APA?
Persistency rate atau kadar persistensi dalam industri takaful merujuk kepada kadar pemegang polisi atau peserta yang terus membayar sumbangan polisi mereka setiap tahun atau tempoh kontrak.
Ini adalah ukuran kestabilan atau kesetiaan pelanggan dalam industri takaful.
Kadar persistensi yang tinggi menunjukkan bahawa ramai pemegang polisi atau peserta terus melibatkan diri dalam program takaful mereka, sementara kadar persistensi yang rendah mungkin menunjukkan ketidakstabilan atau ketidakpuasan dalam produk atau perkhidmatan takaful.
Ini adalah faktor penting dalam menilai kejayaan jangka panjang dalam sebuah perniagaan takaful.
2. CONTOH KIRAAN PR:
Persistency Rate = (Bilangan Polisi atau Peserta yang Terus Membayar Sumbangan / Bilangan Polisi) x 100
Contoh:
– Pada permulaan tahun, ejen takaful mempunyai 100 pemegang polisi.
– Pada akhir tahun, 90 dari mereka masih terus membayar sumbangan lengkap 12 bulan
Menggunakan formula di atas:
Persistency Rate = (90 / 100) x 100 = 90%
Dalam contoh ini, kadar persistensi adalah 90%, kerana 90% pemegang polisi terus membayar sumbangan mereka dari jumlah pemegang polisi awal pada tahun tersebut.
Kiraan ini dengan andaian semua pelanggan membayar jumlah sumbangan yang sama.
Jika bayaran sunbanahn takaful berbeza, maka ia akan jadi berbeza. Contohnya seorang pelanggan yang membayar sumbangan bulanan RM200 berbeza dengan pelanggan yang membayar RM100.
Maknanya, satu polisi RM200 bersamaan 2 polisi RM100 atau 4 polisi bernilai RM50 dan begitulah seterusnya.
3. APA KESANNYA KEPADA EJEN?
Kadar persistensi yang terjejas boleh memberikan kesan yang signifikan kepada ejen takaful. Ini kerana ejen takaful biasanya dibayar komisen berdasarkan premium yang dibayar oleh pelanggan mereka.
Ia juga memberi kesan ke atas BSC (balance score card) ejen yang turut memberi kesan langsung kepada komisen mereka.
Ia juga turut memberi kesan terhadap pengenalan kontrak (maintenance of contract), reward, kenaikan pangkat dan lain-lain kelebihan sebagai ejen takaful.
Sebab itu berlaku kes di mana ejen terpaksa bayarkan caruman pelanggan lantaran untuk menjaga PR supaya dapat terus menikmati kelebihan-kelebihan sebagai ejen takaful di atas.
Di sinilah berlaku apa yang diceritakan dalam screenshot mesej di atas. Ejen berkenaan terpaksa keluarkan duit sendiri demi untuk menyelamatkan PR. Jika tidak, ada kebarangkalian beliau akan kena terminate oleh syarikat.
Memang salah satu syarat pengekalan kontrak atau maintenance of contract (MOC) sebagai ejen ialah PR tahun pertama mesti melebihi 80%. Jika di bawah kadar tersebut, ada kebarangkalian ejen takaful dibatalkan kontrak.
Apabila ia berlaku, segala komisen yang sepatunya ejen layak terima, burn begitu sahaja.
MOC ini merupakan praktis standard yang disediakan oleh Malaysian Takaful Association (MTA) dan Bank Negara Malaysia (BNM).
4. KENAPA PR BOLEH TERJEJAS?
Ada banyak sebab, ini antaranya
A. EJEN TAK PERFORM:
Ejen hanya fokus dapatkan sales sahaja tanpa mengambil kira keperluan kewangan pelanggan.
Ini faktor paling utama. Ditambah pula, ejen yabg hanya kejar bisnes tanpa jaga kualiti servis kepada pelanggan.
Prestasi ejen takaful dalam menyediakan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan, seperti memberikan nasihat yang tepat, pemahaman produk yang cukup, dan sokongan pelanggan yang efisien, boleh mempengaruhi pupa faktor ke-2, iaitu kepuasan pelanggan dan persistensi mereka.
B. KETIDAKPUASAN PELANGGAN:
Pelanggan mungkin tidak puas dengan perkhidmatan atau produk takaful yang mereka terima.
Ini boleh merangkumi pelbagai perkara seperti harga premium yang tinggi, klaim yang sukar diproses, atau perkhidmatan pelanggan yang tidak memuaskan.
Apabila ia berlaku, pelanggan tak teruskan bayaran, menyebabkan polisi lapse atau batalkan polis.
C. KENA SAILANG DENGAN EJEN TAKAFUL LAIN:
Pelanggan mungkin mendapati produk atau perkhidmatan takaful yang lebih baik atau lebih sesuai dengan keperluan mereka daripada ejen semasa, dan mereka mungkin memilih untuk berpindah.
D. PERUBAHAN KEHIDUPAN PELANGGAN:
Pelanggan mungkin menghadapi perubahan dalam kehidupan mereka seperti kewangan atau keperluan perlindungan yang berubah.
Ini boleh menyebabkan mereka membatalkan polisi atau tidak meneruskan pembayaran premium.
5. APA SOLUSI KEPADA EJEN TAKAFUL?
A. MENINGKATKAN KUALITI DALAM MEMBERIKAN KHIDMAT NASIHAT.
Kebanyakan ejen hanya fokus kepada skill untuk tambah sales sahaja, dan menyebabkan ejen hanya sekadar salesman atau product pusher, bukan sebagai konsultan.
Tingkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam memberikan nasihat pelanggan mengenai perlindungan takaful.
B. BINA HUBUNGAN BAIK DENGAN PELANGGAN :
Jangan hanya fokus close sales sahaja, dan kemudian biarkan klien tanpa panduan. Bangunkan hubungan peribadi yang kuat dengan pelanggan untuk memahami keperluan mereka.
C. BERIKAN LAYANAN PELANGGAN CEMERLANG:
Tanggapi pertanyaan dan isu pelanggan dengan pantas serta proses klaim dengan efisien.
D. BERIKAN PEMANTAUAN BERTERUSAN:
Ini paling penting. Selepas lakukan semua perkara di atas, ejen perlu monitor atau pantau polisi pelanggan setiap bulan.
Kemudian berikan sokongan yang berterusan serta nasihat berkaitan perubahan kehidupan atau keperluan mereka.
KESIMPULANNYA, jadilah ejen takaful yang cemerlang, gemilang dan terbilang!
Fuhhh… Baru isu pertama, dah panjang macam ni. Baca sampai habis ke?
Nak saya sambung isu kedua berkaitan isu repricing? Cer komen dan like.
Cukup 1,000 like, saya sambung, insya Allah.
Afyan Mat Rawi <—- Jangan lupa follow mamat ni utk lagi tip-tip kewangan dari Wakanda.
Iklan sikit boleh?
Nak jadi ejen takaful bersama team saya di INFAQ Consultancy?
Detail di sini:
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran