fbpx

Kisah inspirasi Terry Herbert: Rezeki tak pernah salah alamat

  • 7 months ago
  • 1Minute
  • 176Words
  • 362Views

Ini adalah Terry Herbert, lelaki yang membuat penemuan arkeologi paling signifikan dalam sejarah England.

Penemuan itu dikenali sebagai The Staffordshire Hoard, iaitu satu koleksi besar artifak emas dan perak yang ditemui pada tahun 2009 di daerah Staffordshire, England.

Koleksi ini terdiri daripada lebih dari 3,500 artifak, termasuk hiasan senjata, perhiasan, dan benda-benda lain yang berasal dari zaman Anglo-Saxon, kira-kira abad ke-7 hingga ke-8 Masihi.

Penemuan ini memberikan maklumat penting tentang seni dan sejarah zaman itu.

Asalnya Terry hanya jalankan penyelidikan secara suka-suka yang dijadikan sebagai hobi, akhirnya menjadikannya jutawan apabila menjumpai harta peninggalan Anglo-Saxon yang bernilai sekitar £3 juta di kawasan padang berdekatan Lichfield, England.

Beliau menggunakan alat pengesan logam yang dibeli dengan harga £2 atau kira-kira RM10.

Kemudian, beliau menjual barang-barang yang ditemui kepada pihak muzium dengan harga £3.285 juta atau kira-kira RM19 juta, dan hasil penjualan tersebut beliau bahagikan dengan tuan tanah tempat penemuan itu.

Untung sungguh beliau. Daripada hobi, boleh jadi jutawan. Modal beli detector tu RM10, dapat pulangan juta-juta.

Adakah hobi anda boleh menghasilkan pendapatan? Jika tidak, cari hobi baru.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Terbaca satu tulisan: "Kenapa org tanam padi dari generasi ke…