fbpx

Delay gratification vs instant gratification

  • 1 year ago
  • 3Minutes
  • 482Words
  • 773Views

Banyak kali saya sebut, kebanyakan masalah kewangan adalah berpunca daripada kos gaya hidup, bukan kos sara hidup.

Pakai iPhone bukanlah satu keperluan, ia hanya kehendak.

Keperluan sebenar hanyalah alat komunikasi, wicis dengan bajet bawah RM500 pun boleh dapat yang berkualiti, tapi bukan jenama Apple la.

Yang jadi mahal ialah kos gaya hidup.

Kalau memang mampu, tak ada masalah pun nak beli.

Yang jadi masalah ialah tak mampu tapi mahu, lepas tu buat hutang.

Dan ia akan lebih bermasalah apabila berhutang ini sudah menjadi tabiat.

Setiap kali ada benda nak beli, berhutang. Lama kelamaan akan menjadi satu tabiat buruk yang dibina dalam keadaan tak sedar.

Tambah pula ada skim BNPL sekarang ni, di samping kemudahan kad kredit, personal financing, hutang zero deposit dan seumpamanya.

Sedar-sedar, umur makin lanjut dengan kemudian hutang keliling pinggang dan tak ada wang simpanan.

Masa tu mula salahkan kerajaan, salahkan harga barang, salahkan majikan, salahkan cipan, salahkan Yahudi.

Pendek kata, semua salah melainkan diri sendiri.

Berdasarkan jadual pembayaran balik, RM165 selama 36 bulan, total bayaran adalah RM5,940.

Kalau dia bersabar sebentar selama 3 tahun dengan berdisiplin menyimpan jumlah yang sama, dia boleh membeli iPhone berharga RM5,940 dalam masa 36 akan datang.

Masa tu mungkin dan ada iPhone 15.

Tapi itulah, orang yang suka buat hutang macam ni selalunya tidak ada disiplin menyimpan.

Orang yang suka menyimpan, takkan suka buat hutang sebegini.

Ia kembali kepada tabiat kewangan.

Topik ini adalah dalam buku Financial Independence Retire Early. Tajuk buku je acah-acah English, tapi konten dlm BM

Ada 7 langkah demi langkah mencapai financial freedom dan 9 mindset jutawan.

Salah satu langkah ialah tentang kesedaran untuk berubah.

Detail. & tempahan di BukuFIRE.com

Dalam buku ini dikongsikan 9 identiti, mindset, sikap dan habit kewangan yang perlu ada untuk mencapai financial freedom.

Salah satunya ialah “menangguhkan kepuasan” atau “delay gratification”.

Lawan kepada habit ini ialah, instant gratification atau kepuasan segera.

Contoh dalam kes ini, pengguna iPhone ini tak mampu nak menahan nafsunya untuk memiliki iPhone lalu mengambil tindakan bodoh dengan membuat hutang.

Walhal, kalau dia beli hanpohone biasa yang berharga RM500, dan bakinya disimpan, dia bakal memiliki lebih RM5,000 sebagai simpanan dalam masa 3 tahun akan datang.

Bandingkan dengan kisah seorang jutawan yang diabadikan dalam buku Financial Independence Retire Early #BukuFIRE ini.

Seorang jutawan, beli handphone baru tapi bukan model terkini, dengan alasan harga lebih murah.

Walhal, harga model baru mungkin sama dengan pendapatannya sekali trade sehari.

Dapatkan buku ini di BukuFIRE.com

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Besar harapan saya agar tiada lagi usaha untuk menukar kerajaan…