fbpx

#DramaRamadhanSarah – “Ayah, Sarah rasa nak pengsan”,

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 453Words
  • 276Views

Drama Ramadhan Sarah (hari 4)

“Ayah, Sarah rasa nak pengsan”, kata Sarah sebaik sahaja saya mengambilnya.

Sebenanrya “pengsan” merujuk kepada insiden dia tidur panjang pada hari pertama puasa tempoh hari.

Sarah fikir itu adalah “pengsan” sebab penat berpuasa.

“Kenapa Sarah rasa nak pengsan?” saya bertanya.

“Sarah penat. Haussss”, perkataan “haus” ditekan panjang.

“Sarah nak berbuka”, saya mengujinya.

“Taknak, Sarah nak puasa”, jawab Sarah, polos.

Saya kira, memang petang ini agak panas berbanding semalam-semalam.

Kebetulan, saya terbaca kisah seorang budak meninggal dunia akibat stroke haba kerana dipujuk oleh ibu / bapanya untuk berpuasa ketika anak itu merayu untuk berbuka.

Saya tak pasti kesahihan berita itu, tapi berjaga-jaga itu penting.

“Kalau Sarah tak larat puasa, Sarah makanlah”, kata saya. Bukan untuk menguji, tapi memang ingin membenarkannya.

“Sarah taknak makan. Sarah nak minum je….”, kata Sarah dalam keletihan.

Oh anakku Sarah…..

Teka apa sambungan episod drama kali ini?

A. Sarah berbuka
B. Sarah terus berpuasa

Drama Sarah terdahulu boleh diikuti dengan hashtag #DramaRamadhanSarah

Boleh like posting ini dan teka jawapan bersama apakah insiden yang berlaku.

Jawapan paling tepat dengan insiden yang berlaku (sama ada A atau B ), saya hadiahkan ebook Bijak Merancang Wang yang berharga RM49. Sekarang ia dijual dengan harga promosi RM29.

Detail ebook di disini

Malam lepas waktu berbuka kita akan tahu jawapan sebenar dan saya akan kongsikan.

LIKE, JAWAB & MENANG.

————

UPDATE:

“Kalau Sarah tak larat puasa, Sarah makanlah”, kata saya. Bukan untuk menguji, tapi memang ingin membenarkannya.

“Sarah taknak makan. Sarah nak minum je….”, kata Sarah dalam keletihan.

Oh anakku Sarah…..

“Semoga Allah permudahkan puasa Sarah”, doa saya di dalam hati.

Tiba di rumah, saya berpesan kepada Sarah;

“Sarah, pergi mandi terus. Biar badan tu segar. Kalau tak larat boleh minum. Lepas tu duduk dalam bilik pasang kipas. Biar segar”, pesan saya.

Risau kalau terjadi apa-apa pada Sarah.

Di rumah jam menunjukkan pukul 4:15 petang, kira-kita setengah jam ke asar. Selalunya saya solat berjemaah bersama anak-anak di rumah atau bawa ke surau berdekatan.

Saya baringkan diri sebentar, melepaskan lelah. Mata sudah agak kuyu.

Sarah datang dan sapa “Ayah, jom solat”

Dalam keadaan mamai-mamai, saya membalas “Ok, jap 5 minit”.

Kemudian “5 minit” berlalu saya terbangun. Jam menunjukkan pukul 6! Aduh!!!!

Tergesa-gesa saya ke bilik air untuk menyegarkan badan dan mengambil wudhuk.

Lalu di bilik anak-anak, mereka sedang membaca buku dan leka bermain, termasuk Sarah.

Rupa-rupanya mereka belum bersolat sebab tunggu ayah “5 minit” tadi.

Keadaan saya ketika itu ibarat Scott Lang / Antman yg terperangkap dalam quantum realm selama 5 jam tapi sebenanrya sudah 5 tahun masa berlalu.

Cuma bezanya saya hanya “5 minit” walhal sudah sejam lebih!

Apapun, Alhamdulillah Sarah terus berpuasa dan ralit bermain sebagaimana dalam gambar.

Ada pemenang tak yang meneka tepat? Saya jumpa seorang, rujuk gambar terakhir yang meneka hampir tepat.

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Walaupun syaitan diikat & pintu neraka ditutup, tapi pintu #nerakawang tidak ditutup…