Pintu #Nerakawang Tidak Ditutup Malah Terbuka Luas

Walaupun syaitan diikat & pintu neraka ditutup, tapi pintu #nerakawang tidak ditutup malah terbuka luas di bulan Ramadhan.

 

1. Pergi bazar Ramadhan, beli makanan macam tak ingat esok masih ada.

2. Lepas sahur, tidur sampai petang. Kemudian bising kenapa rezeki susah masuk.

3. Buka puasa melantak sakan sampai lewat solat maghrib. Lepas tu bising Allah tak makbulkan doa.

4. Hari-hari beli makanan banyak-banyak juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan, kononnya nak simpan untuk bersahur dan hari-
hari juga buang makanan sebab dah membusuk.

5. Buat personal loan konon nak sambut raya.

6. Buka phone nak baca Quran tapi lebih banyak terbaca FB.

7. Beli air beraneka warna di bazar Ramadhan, bila minum rasanya semua sama.

8. Beli karipap, inti oksigen.

9. Datang berbuka di masjid surau. Tak solat maghrib.

10. Datang solat tarawih. Buat 2 rakaat lepas tu tunggu moreh.

11. Dah siap-siap masak dan sediakan makanan untuk sahur sebelah malam. Bangun pagi dah masuk waktu subuh.

12. Awal puasa azam nak kurus, tapi hari-hari membedal masa sahur dan masa berbuka.

13. Berbuka puasa dengan merokok.

14. Terbangun pukul 3 pagi, ingat awal lagi. Tidur balik, bangun-bangun dah subuh pagi.

15.

Muhasabah untuk diri sendiri.

Kalau ada nak tambah, boleh berikan cadangan di raungan komen. Yang terpilih akan dimasukkan dalam senarai.

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com