#DramaRamadhanSarah – “Sarah taknak minum”

“Sarah puasa?”

“Puasa”

“Letih?”

“Letih”

“Haus?”

“Haus….”

“Kalau Sarah nak minum, minumlah. Ayah bagi”

“Sarah taknak minum”

“Kenapa Sarah taknak minum?”

“Kalau minum, nanti bantal puasa”

“Batal. Bukan bantal”

“Oh… Nanti batal puasa”

“Siapa kata?”

“Ummi kata, kalau bantal puasa…”

“Baa-tal. Bukan bantal”

“Ummi kata kalau batal puasa nanti Allah tak sayang”

“Ooo… Sarah nak Allah sayang?”

“Sarah nak puasa. Sarah nak Allah sayang. Sarah nak kurus”

“Kurus???? Sarah dah kurus la!”

“Sarah nak kurus lagi, lagi, lagi….”

Ayah Sarah jadi confuse dengan Sarah hari ini.

#DramaRamadhanSarah

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Drama Ramadhan Sarah (sambungan hari ke-4, semalam) “Kalau Sarah tak…