fbpx

Ejen unit trust didenda RM2 juta kerana menipu

  • 1 year ago
  • 3Minutes
  • 497Words
  • 296Views

Ini antara kelebihan apabila melabur dalam produk-produk kewangan yang berada di bawah kawal selia undang-undang negara.

Contohnya dalam kes ini ialah unit trust, di bawah FIMM (The Federation of Investment Managers Malaysia) yang berada di bawah Suruhanjaya Sekuriti. Manakala takaful pula di bawah Malaysian Takaful Association (MTA) di bawah Bank Negara Malaysia.

Sebelum ini saya pernah kongsikan kes pelanggan ditipu oleh ejen takaful apabila beliau melanggan takaful untuk tujuan pelaburan. Apabila kes ini diajukan kepada Bank Negara Malaysia, pelanggan berjaya mendapat balik semua sumbangan yang dibayar dan ejen diambil tindakan.

Ini pula ejen unit trust yang menipu jutaan ringgit dan diambil tindakan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Secara personal, saya juga pernah diberi amaran oleh FIMM kerana membuat kenyataan yang panas dan mengelirukan berkenaan pelaburan unit trust.

Jadi, apabila kita ditipu oleh ejen takaful atau unit trust atau mana-mana yang mempunyai lesen dengan pihak berkuasa, mudah untuk kita mengambil tindakan dan membuat tuntutan.

Maklumat ejen unit trust, ejen takaful – semua ada dalam rekod FIMM & MTA. Jadi apabila pelanggan berjaya buktikan mereka ditipu, sangat mudah untuk ejen-ejen tadi diambil tindakan dan pelanggan membuat tuntutan.

Bayangkan, kita menyertai pelaburan yang bukan di bawah kawal selia perundangan atau grey area seperti pelaburan emas, pelaburan hartanah dan sebagainya – dan kemudian ditipu? Agak sukar untuk membuat tuntutan sebegini rupa.

Jika emel kepada mereka, biasanya akan menerima respon “di luar bidang kuasa mereka”. Untuk kes ditipu dalam produk kewangan atau produk pelaburan yang berada di luar bidang kuasa BNM atau SC, perlu mengambil tindakan undang-undang sendiri.

——-

SUMBERSIARAN AKHBAR DAN PENGUMUMAN

SC DENDA BEKAS PERUNDING UNIT AMANAH RM2 JUTA KERANA MENIPU PELABUR

Kuala Lumpur, 2 September 2022

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menegur dan mengenakan denda sebanyak RM2 juta terhadap bekas perunding unit amanah Harani Kamarudin kerana menipu pelabur antara November 2012 hingga November 2019 sehingga menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM1.32 juta

Sebagai sebahagian daripada penipuannya dan untuk menarik perhatian mangsa untuk melabur dengannya, Harani, antara lain, telah membuat pernyataan palsu tentang sifat dan ciri pelaburan serta menjamin hasil pelaburan dan pulangan tertentu kepada mangsa, yang tidak menjadi kenyataan.

Disebabkan oleh kelakuan dan tindakannya, dia telah melanggar seksyen 354(1)(b)(iii) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) yang dibaca bersama peruntukan Kod Etika dan Peraturan Kelakuan Profesional Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (Dana Unit Amanah).

Penemuan SC mengenai pelanggaran dan sekatan ke atas Harani dibuat selepas melalui proses yang sewajarnya terhadapnya termasuk memberikan peluang untuk beliau menjawab kepada SC mengenai pelanggaran tersebut dan keputusan SC.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

——-

Promosi TERKEJUT Buku Bijak Merancang Wang dengan harga RM39 sahaja! Harga biasa RM49, tapi hari ini saya buat PROMOSI TERKEJUT RM39 sahaja (tak termasuk postage)

Klik
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/

*Ini adalah BUKU FIZIKAL, bukan ebook.
*Dalam pakej ini mengandungi

  • Naskah fizikal BUKU BIJAK MERANCANG WANG
  • Rakaman video Live Seminar BMW dengan durasi 5 jam
  • Ebook PKP (Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!), 100 halaman.
  • Sertai FB Group Bijak Merancang Wang
  • Peluang menjadi affiliate produk-produk BMW

*Harga tak termasuk penghantaran
*Penghantaran mengambil masa kira-kira 7 hari bekerja

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Terjumpa video ini di Tiktok. Mahal betul cukai kebodohan yang…