fbpx

Elakkan Berhutang di Waktu Krisis Ekonomi

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 423Words
  • 228Views

Di kala krisis sebegini, saya sangat bersyukur kerana tidak mempunyai banyak hutang.

Tahun lepas, saya terbaca status tulisan seorang pelabur hartanah tegar. Katanya seandainya masa boleh diputar, dia tidak akan membeli hartanah banyak-banyak.

Pasaran hartanah sekarang memang terkesan apabila banyak rumah tidak dapat dijual dengan harga pasaran, harga rumah jatuh, sewa terpaksa diturunkan disebabkan kesukaran mencari penyewa, homestay langsung tak boleh jalan dan sebagainya.

Mujurlah saya hanya ada 2 hartanah yang dibeli untuk tujuan sewa dan ketika krisis kali ini, walaupun negatif tapi dengan jumlah yang sangat tolerance iaitu hanyalah beberapa ratus RM sahaja seriap bulan apabila ditolak dengan ansuran bank.

Bayangkan mereka yang mempunyai hutang keliling pinggang, dari hutang rumah, hutang kereta, hutang kad kredit, hutang personal dan segala mak nenek hutang.

Ditambah pula sekiranya diberhentikan kerja, bisnes gulung tikar atau gaji dipotong – tentu sangat terkesan dengan situasi pendamik dan krisis ekonomi hari ini.

Jika tak ada moratorium, ia situasi yang sangat tertekan dan sukar sekali.

Bukti kakitangan kerajaan ramai yang berhutang

Pernah dalam satu program Bijak Merancang Wang bersama pegawai-pegawai kerajaan, mereka dedahkan ada kakitangan awam yang berhutang sehingga 70% daripada gaji mereka!

Malah ada yang mempunyai tabiat, setiap kali gaji naik, maka kenaikan tersebut akan digunakan sebagai kelayakan untuk apply personal loan baru. Contoh, kenaikan RM100, maka di akan apply hutang dengan ansuran bulanan RM100.

Tepuk dahi saya dengar cerita mereka.

1400 tahun yang lalu Nabi Muhammad mengajar kita doa;

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan.

Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas.

Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil.

Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan kekerasan manusia.”

Dalam doa ini, kedukaan dipadankan dengan kesedihan.

Lemah dipadankan dengan malas.

Pengecut dipadankan dengan bakhil.

Dan akhir sekali, hutang dipadankan dengan kekerasan manusia.

Saya tertarik kepada padanan hutang dan kekerasan manusia.

Rupa-rupanya Nabi Muhammad sudah lama meninggalkan pesanan yang maha dalam ini.

Hutang sangat berkait rapat dengan kekerasan manusia.

Tidak kira hutang dengan adik beradik, hutang dengan along, hutang dengan ceti, mahupun hutang dengan bank.

Tidak kira hutang dengan perbankan Islam atau hutang dengan perbankan konvensional.

Tidak kira juga hutang baik mahupun hutang jahat.

6 bulan tempoh moratorium tanpa perlu bayar hutang, menjadikan hidup kita merasai kehidupan sementara “bebas hutang”, tentu menyeronokkan, bukan?

Jadi, jadikan krisis kali ini sebagai muhasabah untuk kita sama-sama kurangkan hutang yang ada dan tidak membuat hutang baru untuk masa hadapan.

Hutang ibarat api, boleh membakar diri jika tidak dikawal.

BukuBMW.com <—-Belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pelaburan emas antara pelaburan yang popular di Malaysia, selalunya ia…