fbpx

Emas Jadian

  • 8 years ago
  • 1Minute
  • 200Words
  • 427Views

Tajuk utama Harian Metro ini.

1

Risiko terbesar pelaburan emas bukanlah naik turun harga emas kerana naik turun harga ialah perkara normal dalam mana-mana pelaburan.

Risiko terbesar ialah;
1. Risiko emas palsu
2. Risiko hilang

 

Emas palsu dibuat daripada tungsten yang mempunyai ketumpatan logam seumpama emas. Ketumpatannya 99% menyamai emas.

Sudah ada banyak kes emas palsu, malah saya pernah terbaca satu pendedahan bahawa kira-kira separuh emas yang berlegar dalam pasaran ialah emas palsu. Tak ingat di mana tulisannya.

Malah ada juga kes emas yang dibeli dari kedai pajak gadai ialah emas palsu.

Bayangkan, kedai pajak gadai yang hari-hari berurusan dengan emas pun boleh tertipu dengan sendiket emas palsu.

Biasanya ketulenan emas diuji dengan berat dan diuji melalui ketumpatan air. Melalui cara ini, ia hanya menepati 99% shj.

Seorang pensyarah dalam bidang fizik pernah berkongsi dengan saya bahawa ketulenan emas hanya 100% tepat menggunakan satu jenis alat yang memerlukan emas itu dipotong terlebih dahulu dan kemudian diuji.

Dan alat itu tidak sampai 10 pun di Malaysia kerana harganya yang mahal.

Ketika itu saya berprogram di UPM, pensyarah tersebut menerangkan bahawa alat tersebut ada di makmalnya.

Baca juga
https://afyan.com/semua-pelaburan-ada-harganya.html

https://afyan.com/alternatif-pelaburan-emas.html

https://afyan.com/beli-emas-waktu-gawat.html

https://afyan.com/pelaburan-trending.html

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
1. Pelaburan emas, secara prinsipnya sama dengan SEMUA pelaburan yang…