fbpx

 #eSeminarBMW Mirip Scam?

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 219Words
  • 381Views

Bagaimana sistem affiliate #eSeminarBMW boleh jadi mirip scam?

1. Mula-mula naikkan harga.

Berdasarkan value produk #eSeminarBMW dengan 2 ebook + 17 video + 1 e-workbook + 2 live Seminar + group BMW + peluang jana pendapatan, letak harga RM197 pun ia masih munasabah.

2. Kenapa nak naikkan harga? Supaya dapat tampung kos komisen ejen multi-level affilate. Rujuk nombor seterusnya.

3. Kemudian buat sistem multi-level affiliate.

Maksudnya, ejen affiliate boleh rekrut ejen affiliate lain dan dapat komisen overriding berbanding sekarang hanya 1 level. Ia boleh jadi 2, 3, 4, 5, 10, 100, infiniti level.

Harga dinaikkan tadi masih mampu menampung kos komisen ejen.

4. Nak lebih gempak, hybrid dengan sistem binary /pairing.

Binary sistem lebih cepat berkembang. Nak dapat komisen lebih, ejen kena “pasang” kaki kiri kanan. Ejen ada peluang generate “passive income” melalui bisnes #eSeminarBMW.

5. Produk boleh diupgrade lagi. Tambah lagi beberapa produk digital untuk memastikan pengguna tetap dapat manfaat.

6. Boleh juga lantik penasihat syariah dan follow 100% garis panduan MLM yang disediakan oleh JAKIM.

—-

Saya tulis perkara ini, mungkin ada yang nampak macam sarcasm.

Tapi realitinya, mudah sangat sesuatu model bisnes yang genuine menjadi head hunting.

Lagi-lagi kalau buat sistem affiliate atau ala-MLM dengan lebih dari satu level ejen, walaupun ada penasihat syariah dan follow garis panduan MLM oleh JAKIM.

Program affliate #eSeminarBMW masih lagi pakai sistem affiliate biasa.

Jadi boleh sertai segera dgn klik eSeminarBMW sebelum saya buat sistem ala-MLM.

Hoho!

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya sedang buat kajian perkara ini. Banyak kes berlaku, kekayaan…