fbpx

Perbezaan Buku FIRE dengan Buku BMW

  • 11 months ago
  • 3Minutes
  • 445Words
  • 332Views

Apa beza buku FIRE dengan buku BMW?

Buku BMW (Bijak Merancang Wang)

Dalam buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW mengandungi 7 modul kewangan asas, yang merangkumi

  • 1. Aliran Tunai (Cash flow)
  • 2. Pengurusan aset dan hutang (Net worth)
  • 3. Simpanan (Saving)
  • 4. Perlindungan (Protection)
  • 5. Investment (Pelaburan)
  • 6. Penyucian (Purification)
  • 7. Pewarisan (Inheritance)

Modul-modul di atas adalah modul asas dalam kewangan, berkaitan dengan strategi taktikal dan teknikal kewangan, ia menjawab persoalan asas kewangan seperti

  • – bagaimana membeli kereta
  • – bagaimana mengurus hutang
  • – bagaimana mengira protection takaful
  • – bagaimana mengira dana persaraan
  • – bagaimana merancang wasiat
  • – dll

Kira-kira 70% kandungan buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW adalah berkenaan strategi kewangan komprehensif bermodul di atas.

Ia sudah dibangunkan sejak lebih 10 tahun lepas dan dipersembahkan dalam bentuk workshop, bengkel, ceramah, seminar dan seumpamanya, sebelum ia dihasilkan dalam bentuk buku untuk memudahkan pembacaan dan rujukan.

Ia diterbitkan sejak tahun 2021 dan sudah diulang cetak sebanyak 5 kali sebelum buku FIRE diterbitkan.

Buku Financial Independence Retire Early pula mengandungi modul advance dalam kewangan.

Berbeza dengan buku BMW, buku FIRE adalah tentang pembinaan mindset dan habit kewangan untuk membentuk jati diri dan identiti seseorang yang mencapai kebebasan wang.

Dalam buku ini mengandungi 7 langkah menuju FIRE dan 9 mindset dan habit seseorang untuk mencapai FIRE.

Buku F.I.R.E (Financial Independence Retirement Early)

7 langkah intensif untuk mencapai FIRE adalah

  • 1. Meletakkan matlamat
  • 2. Kesedaran untuk berubah
  • 3. Plan tindakan
  • 4. Tambah pendapatan
  • 5. Urus perbelanjaan
  • 6. Simpan dan labur
  • 7. Pertahankan aset

Manakala 9 mindset dan habit yang diperlukan untuk seseorang mencapai FIRE adalah sebagaimana berikut

  • 1. Melangkaui Jangkaan.
  • 2. Proaktif.
  • 3. Bertanggungjawab penuh.
  • 4. Menangguhkan kepuasan.
  • 5. Jatuh cinta dengan apa yang dilakukan.
  • 6. Integriti.
  • 7. Buat sampai jadi.
  • 8. Kegagalan adalah proses.
  • 9. Sangka baik terhadap wang

70% kandungan buku ini berkisar tentang pembentukan mindset dan habit kewangan di atas.

Ia adalah pelengkap kepada modul BMW yang dibangunkan lebih awal.

Sebenarnya kandungan modul buku FIRE ini juga sudah dimasukkan secara tidak langsung dalam program-program BMW selama ini.

Boleh dikatakan ia adalah umpama “prekuel” kepada modul BMW tapi kandungannya lebih advance.

Kandungan buku ini sudah dijadikan sebagai bahan modul program dalaman di INFAQ Consultancy sebelum ia diterjemahkan dalam bentuk buku FIRE.

Dalam buku ini anda akan mempelajari beberapa perkara berikut

  • – bagaimana jutawan menjadi jutawan
  • – realiti sebenar pendapatan pasif
  • – kekayaan bukan sebenanrnya tentang harta semata
  • – beza cara fikir orang kaya vs orang miskin & orang kebanyakan
  • – beza antara orang kaya vs orang banyak duit
  • – kisah-kisah jutawan, majoritinya mempunyai cara fikir yang sama
  • – Kisah-kisah orang yang acah-acah jutawan

Untuk dapatkan kedua-dua buku ini, boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di WTC, Kuala Lumpur.

Ia juga boleh didapati secara online.

BukuFIRE.com
BukuFIRE.com
BukuFIRE.com

Sumber dari FB page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya geleng kepala melihat poster promosi takaful ini. Kenapa perlu…