FAQ & Falasi Pakej Ransangan Ekonomi Rakyat (PRIHATIN)

Dipetik dari FB Izzuddin Yussof

LANGSUNG ] Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi oleh Perdana ...

Pembetulan beberapa falasi fakta ekonomi yang berlegar dari semalam:

 

1) Kerajaan sanggup berbelanja RM250 billion untuk pakej ekonomi terbaru!

Tak. Kerajaan hanya berbelanja RM25 billion. Yang lain tu datang daripada…

RM100 billion – penangguhan hutang bank, tak ada belanja duit sesiapa. Effectively kita pinjam dengan diri kita sendiri dari masa depan
RM50 billion – jaminan hutang oleh danajamin
RM47 billion – duit pencen KWSP kita. Juga dari kita di masa depan

Dan lain-lain

2) Jadi kerajaan tipu la cakap pakej rangsangan ekonomi bernilai RM250 billion?

Tak. Betullah nilai kepada ekonomi adalah sebanyak RM250 billion

Itulah nilai yang akan disuntik ke dalam ekonomi sekarang, walaupun ianya bukan duit kerajaan.

Dan memang dari dulu begitulah bajet Malaysia dilakukan, walau kerajaan parti mana pun. Nilai suntikan dan bajet yang dinyatakan sentiasa bukan hanya datang daripada duit kerajaan, tetapi daripada pelbagai pihak dan bentuk.

Fundamentally, itulah nilai yang akan disuntik ke dalam GDP kita

Macam kes Makcik Kiah, walaupun kerajaan hanya bagi RM4,200 dari poket kerajaan, tapi masih cashflow bulanan dia naik RM8,664

3) Kenapa kerajaan tak gunakan duit rizab kerajaan RM400 billion?

Itu bukan duit rizab kerajaan, itu duit rizab antarabangsa negara Malaysia. Ianya duit rizab yang dikawal di bawah BNM, bukan di bawah kerajaan.

Duit rizab tu untuk polisi monetari, bukan polisi fiskal.

Polisi monetari tu apa?

Boleh la Google ‘fiscal policy vs monetary policy’

4) Ada yang kata kerajaan ada simpanan RM2 trillion! Kenapa tak guna duit tu?

Tak, itu bukan duit kerajaan. Itu duit rakyat yang diuruskan oleh institusi kerajaan. Antaranya duit di dalam KWSP, KWAP, TH, ASB dll

Duit tu tak boleh ‘diambil’ oleh kerajaan. Ianya hanya boleh ‘dipinjam’ oleh kerajaan.

Dan institusi ni bagi pinjam pun mesti dengan kondisi yang menguntungkan mereka. Sebab at the end kalau dividend KWSP rendah, kita gak yang akan marah.

Maka kerajaan boleh berhutang dengan institusi-institusi ni. Tapi ada kos. Dan kerajaan tersekat dengan undang-undang berapa banyak yang kerajaan dibenarkan untuk berhutang.

5) Jadi bagus ke tak pakej rangsangan ekonomi semalam?

Tanyalah diri sendiri. Gembira tak?

Kalau gembira maksudnya bagus la
Kalau tak gembira maksudnya tak bagus

Dalam setiap polisi ekonomi tidak ada polisi yang semuanya putih. Tidak ada polisi yang semua pihak menang. Pasti ada yang rugi.

Yang gembira kena empati dengan yang tak gembira. Mereka tak gembira pasti ada sebabnya.

Yang tak gembira kena empati dengan yang gembira. Jangan tak puas hati pula mereka gembira

Setakat yang diperhatikan, individu dan pekerja kebanyakannya gembira. Yang tak gembira banyaknya di kalangan SME yang tengah susah nak survive tanpa bantuan kerajaan dan pakej semalam tak membantu pun keadaan diorang.

Kenapa tak membantu? Itu yang kena diempati oleh mereka yang gembira.

Cuba tanya Kak Kiah sebelah rumah. Dia gembira tak?

Wallahualam

P/S: pentaksub politik main jauh-jauh

Izzuddin Yussof

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com