fbpx

Fatwa Perak Mengharuskan Forex?

  • 3 years ago
  • 1Minute
  • 171Words
  • 1893Views

Mana yang kata Fatwa Perak mengharuskan forex trading online?

Cuba baca satu persatu kandungan fatwa Perak ini.

1.Tukaran wang telah lama berlaku dalam Ringgit Malaysia dalam Rial (tujuan untuk menunaikan ibadah haji).

 Ini merujuk kepada forex tukaran wang asing atau money changer, bukan forex online trading yang dijalankan oleh kebanyakan pemain.

2. Bertujuan untuk memenuhi keperluan hajat, bukan untuk mencari keuntungan semata.

Aktiviti bisnes money changer memenuhi keperluan untuk urusan dan urusniaga antara negara.

3. Kebebasan perniagaan mata wang boleh mengakibatkan keruntuhan nilai ekonomi Negara. Maka yang diharuskan hanya untuk memenuhi hajat semasa sahaja.

Sekali lagi ditegaskan bahawa ia hanya untuk memenuhi hajat dan boleh membawa keruntuhan negara jika tiada kawalan.

4. Tukaran wang adalah keperluan ekonomi untuk pembangunan Negara.

Sampai item no 4 jelas mengatakan ia adalah untuk keperluan eknomi negara.

Dari nombor 1 hingga nombor 4 forex merujuk kepada aktiviti tukaran wang asing atau money changer. Dah celah mana yang kata online forex online trading harus?

Atau memang geng-geng forex buat trading forex dekat kaunter money changer selama ni?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Zaharudin Muhammad KOMEN RINGKAS SAYA BERKENAAN FOREX.…