Filem Grave of the Fireflies
“Kartun? Best ke?”
Ini respon dan 1st impression saya apabila diajak oleh adik-beradik untuk menonton filem ini.
“Grave of the Fireflies” tajuk pun nampak pelik. Kubur kunang-kunang? Kunang-kunang kubur? Kunang-kunang di perkuburan? Perkuburan kunang-kunang?
Musim-musim Perintah Kawalan Pergerakan begini, memang terpaksa layan menonton movie yang majoritinya dikawal oleh kanak-kanak di rumah kampung ini.
Filem Ejen Ali sahaja dah ditayangkan lebih sejuta kali kot sampaikan dah boleh hafal skripnya.
Jadi apabila diajak menonton filem kartun “Grave of the Fireflies” ini oleh adik-beradik, saya layankan sahaja.
“Sedih bang, cerita dia”, kata adik saya untuk meracun saya menonton filem tersebut.
“Kartun sedih?”, saya hanya mencebikkan sahaja. Langsung tak teracun. Tambahan pula, ia filem Jepun. Lainlah kalau Hollywood.
Pelik betul bunyinya, filem kartun yang sedih. Tambah pula, ia filem lama yang yang teknologi animasinya 3D, sedangkan sekarang sudah 4D.
Jika dibandingkan dengan animasi tempatan seperti Ejen Ali, Boboiboy, Upin Ipin – memang filem Grave of the Fireflies ini ketinggalan 100 tiang, dari sudut teknologi animasinya.
Minit-minit awal menonton filem ini, saya hanya acuh tak acuh sahaja menontotnya. Adik-beradik lain yang bersemangat.
Sebaik sahaja masuk bab watak utama membawa adiknya lari dari medan perang, terus mata saya terlekat ke kaca TV.
Ternyata sangkaan saya meleset 100%.
Filem ini berdasarkan kisah benar ketika perang dunia ke-2, dengan latar belakang filem ini di Jepun ketika diserang.
Kisah ini menceritakan tentang seorang abang yang bernama Seita yang menjaga adiknya yang masih kecil, Setsuko apabila kedua-dua ibu bapa mereka terkorban dalam perang.
Asalnya mereka dijaga oleh makcik mereka tapi tidak tahan dengan layanan, mereka lari dan tinggal sebuah terowong terbiar.
Dari sinilah satu demi satu babak memotong bawang berlaku.
Menangis wooo tengok budak lelaki belasan tahun, Seika jaga dan usung adik perempuan yang masih kecil, Setsuko ke hulu ke hilir cari tempat berlindung dan cari makanan.
Kemudian kesihatan Setsuko terganggu kerana kekurangan zat makanan sehingga menyebabkan abangnya Seita terpaksa mencuri untuk meneruskan hidup mereka.
Paling tak tahan ketika babak si adik yang kelaparan dan nazak sehingga berhusinasi batu di hadapannya ialah nasi.
Kata Setsuka yang menjadi latar suara cerita ”
Kesungguhan Seita mencari makanan untuk adiknya Setsuko sungguh mengagumkan. Seita seorang yang berhati cekal.
Di sanggup mengusung adiknya ke sana ke mari untuk mendapatkan makanan dan ubat, namun tewas juga akhirnya.
Babak Seita memberi minuman dari sisa ais batu yang dipotong sangat terkesan betapa susahnya mencaeinair bersih di zaman perang.
Babak Seita memberi makanan terakhir iaitu buah tembikai kepada Setsuko sangat menyayat hati, tapi wajah Seita tenang sahaja tanpa perasaan.
“Selepas itu dia tidak bangun lagi”, suara latar Setsuka untuk mengungkapkan adiknya meninggal dunia.
Malamnya hujan sangat lebat bagi menangisi pemergian Seika yang “tidur” dalam dakapan abangnya tanpa sebarang perasaan.
Malah sehingga adiknya dibakar, Setsuka digambarkan dengan wajah yang tenang tanpa perasaan.
Apa kaitan dengan kunang-kunang dalam tajuk Grave of the Fireflies?
Ketika mereka berdua tinggal di terowong terbiar, pada waktu malam kunang-kunang yang menjadi penyeri kegelapan adik-beradik ini.
Dan selepas Setsuka membakar mayat adiknya, kunang-kunang juga terbang seolah-olah mengiringi roh Seita.
Selepas tamat filem, saya rewind balik dari awal sebab masa awal-awal tayangan tadi saya tak menonton dengan baik.
Dua kali menonton, dua kali saya menangis (di dalam hati).
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran