fbpx

Fitnah Gula Terhadap Lemak

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 308Words
  • 810Views

50 tahun dahulu, industri gula pernah “merasuah” saintis untuk keluarkan laporan yang “mengfitnah” lemak.

Ini tajuk artikel yg saya sertakan ini.

Baca: https://www.npr.org/…/50-years-ago-sugar-industry-quietly-p…

Lemak tak bersalah. Gula sebenarnya yang banyak bersalah menambah kolesterol dalam badan.

Bunyi macam pelik tapi itulah hakikatnya.

Saya jumpa artikel ini selepas beberapa bulan amalkan diet pelik yang membenarkan saya makan lemak tanpa risau kolesterol bertambah dalam badan.

Artikel ini mengesahkan apa yang saya amalkan selama beberapa bulan.

Sebelum bulan puasa, saya berjaya menurunkan berat hampir 10 kg dalam masa 3 bulan. Sekarang saya dalam misi untuk capai bawah 80 kg. Doakan saya.

Selepas saya siarkan gambar full body selepas bersiaran di TV Al Hijrah pagi tadi, ramai yang komen “Eh, kurus?”. Ada yang tak percaya saya kurus. Ada yang ingat ia hanya ilusi.

Saya terima dengan hati terbuka. Boleh tengok balik gambar saya siang tadi dan bandingkan dengan gambar-gambar lama. Boleh scroll ruangan gambar FB saya. Dan jangan jealous 🙂

Saya berkira-kira untuk menulis untuk perkara ini dengan lebih detail. Tapi banyak pula perkara-perkara lain yang saya sepatutnya saya tulis tapi tidak ditulis.

Jika ada yang mahu tahu dgn seger, boleh cari buku “Obesiti Code” oleh Dr Jason Fung. Itulah “kitab” rujukan saya sehingga berjaya kurus.

Sebelum gunakan cara yang ditulis dalam buku ini, saya sudah cuba macam-macam cara untuk kurus.

Ada cara makan suplemen. Ada cara minum suplemen. Ada cara pakai ubat sapu. Ada cara pakai singlet kurus. Ada cara kena bersenam. Ada cara tak boleh makan sekian-sekian makanan terutama lemak. Ada cara kurangkan makan. Ada cara makan sikit-sikit. Semua tak berkesan.

Selepas baca belajar teknik dari buku Obesiti Code, saya tidak perlu lagi guna semua teknik di atas.

Malah saya boleh makan apa saja saya suka kecuali gula! Lemak pun boleh makan. Hoho!

Kalau saya tulis lebih detail, ramai ke yang nak tahu?

Afyan Mat Rawi

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Membaca tulisan Tuan Ayman Rashdan Wong berkenaan perbezaan pendekatan pengurusan negara dalam…