fbpx

Forex trader main petik “forex halal di Mesir”

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 212Words
  • 405Views

Dalam posting berkenan forex trading haram sebelum ini, seorang forex trader mengatakan bahawa di negara Mesir tidak haramkan.

Memandangkan beliau komen dengan baik, saya pun respon dengan baik. Tak seperti mamat forex nama Chid pagi tadi yang komen nak cari pasal, saya malas nak layan dan biarkan dia meroyan sampai letih. Hahahah

Maka saya pun minta beliau berikan link rasmi yang menunjukkan bahawa forex trading tidak haram di Mesir, lalu katanya minta saya rujuk Central Bank.

Nampaknya beliau terkhilaf antara legal vs halal. Legal merujuk ia sah di sisi undang-undang, dan itu tak menjadikan perkara yang legal itu halal.

Contoh mudah, arak dan insurans konvensional sudah difatwakan haram waluapun ia sah di sisi undang-undang.

Jadi, walaupun arak sah di sisi undang-undang di Malaysia, tidak menjadikan ia halal di sisi syarak.

Saya sertakan fatwa rasmi negara Mesir yang dipetik daripada website Dar-alifta (sebut: Darul Ifta) Mesir yang menjadi institusi rasmi berkenaan hukum hakam di Mesir. Fungsinya mirip institusi fatwa di Malaysia.

Memang biasa mana-mana geng forex trader akan berhujah mengatakan negara sekian-sekian halalkan forex. Sebelum ini ada yang mengatakan Brunei, Singapura, Indonesia, Arab Saudi halalkan forex. Tapi selalunya mereka terciduk apabila diminta tunjukkan bukti.

Harap tak ada geng forex menggunakan hujah “forex tak haram di Wakanda”.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pernahkah kita mengalami situasi seperti ini? Masa pertama kali bekerja…