Group Persatuan Ekonomi Muslim Malaysia
Selepas dijadikan Admin Group PERSATUAN EKONOMI MUSLIM MALAYSIA, saya mencadangkan agar diwujudkan garis panduan posting.
Tujuannya supaya ia dapat fokus kepada menjayakan kempen #BMBF dan bukan menghentam pihak yang tidak setuju tapi menarik mereka bersama kita.
Seperti biasa, orang yang mencadang yang kena lakukan. Hehe…
Jadi, ini dia garis panduan group berkenaan.
Jemput rakan-rakan dan followers untuk sertai group ini sama-sama kita jayakan kempen BUY MUSLIM BRAND FIRST ini.
Jika saya pelawa kepada rakan-rakan yang masih skeptical terhadap kempen ini.
Benda boleh bincang, buat apa nak gaduh…..
Ini dia garis panduan tersebut. Mudah- mudahan ia menjadikan group ini berbeza daripada group-group lain seumpama ini.
GARIS PANDUAN FB GROUP PERSATUAN EKONOMI MUSLIM MALAYSIA
V1
7 September 2019
OBJEKTIF group ini adalah untuk mempromosi kempen BUY MUSLIM FIRST #BMF BUY MUSLIM BRAND FIRST #BMBF
PANDUAN PENULISAN
- Menggunakan bahasa yang baik
- Menggunakan tulisan dengan ejaan dan tatabahasa yang betul
- Posting berbentuk motivasi, nasihat yang positif untuk menyemarakkan lagi semangat group ini.
- Jika panjang, tulis satu ayat satu perenggan supaya audiens mudah membacanya
POSTING YANG DIGALAKKAN
- Memberi kefahaman tentang kempen #BMBF
- Menggalakkan orang ramai makin sedar kenapa penting kempen #BMBF
- Cadangan untuk menambah baik group ini
- Soalan yang ingin diajukan kepada ahli group
- Apa-apa yang sesuai berdasarkan pandangan admin
POSTING YANG DILARANG SAMA SEKALI
- Posting berbentuk provokasi murahan
- Menyemai perasan benci kepada kaum lain
- Posting berunsur politik kepartian melampau
- Menghina mana-mana pihak sama ada lawan atau kawan
- Mengapi-apikan permusuhan
- Live video hardselling
- Fitnah, berita palsu, khabar angin
- Apa-apa yang tidak sesuai dan melampaui batas berdasarkan pandangan admin.
PANDUAN PERBINCANGAN
- Kita tidak mahu group ini menjadi group yang pasif yang hanya menyokong dan pak angguk sahaja. Kita alu-alukan pandangan berbeza.
- Berita-berita berkaitan dengan kempen BMF BMBF ini, sama ada yang menyokong atau membangkang – kita benarkan untuk dikongsi dan kemudian dibincangkan.
- Tulisan kritikal tentang kempen ini, tidak kira sama ada menyokong atau membangkang – juga kita benarkan untuk dikongsi.
- Kita bincang secara berhemah
NOTA
- Admin hanya mampu mengawal posting untuk diluluskan. Tapi jika ahli group merasakan tidak sesuai, boleh buat report.
- Manakala bagi komen pula ia tidak mampu dikawal.
- Jadi jika nampak komen yang tidak sesuai dengan objektif group, mohon klik report.
- Posting ini akan dikemaskini dari masa ke masa.
- Biar kita berbeza pandangan secara berhikmah dan berhemah.
POSTING YANG KURANG DIGALAKKAN TAPI TIDAK DILARANG.
- Admin menerima banyak posting mempromosi produk secara hardsell,
- Jika Admin approve semua posting jenis ini akan menyebabkan terlalu banyak posting iklan sehingga menjadi mirip group iklan.
- Jadi Admin akan approve secara berkala sahaja.
- Admin cadangkan untuk pengiklan channelkan posting ke group lain yg lebih sesuai.
- Sebagai alternatif; boleh gunakan www.JenamaMuslim.com untuk mempromosi produk anda dan juga carian produk.
- Tambah produk anda dengan klik https://jenamamuslim.com/tambah
Sumber dari Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran