fbpx

Malu Apa Bosskuuu

MALU APA BOSSKUUUU

Malu apa bossku lepas grad tak fikir pasal kereta,
Pedulikan apa orang kampung dan pakcik makcik bawang nak mengata,
Bukan mereka pun yang tanggung hidup kita.

Malu apa bossku kalau pakai kereta kecil sahaja,
Tapi malulah kalau beli kereta besar sebab nak bergaya,
Installment kereta habis 30% gaji kemudian terpaksa pula potong belanja keluarga.

Malu apa bossku kalau majlis kahwin tak grand dan tak meriah,
Yang penting buat majlis tak menyusahkan ibu ayah,
Daripada tanggung hutang personal loan sebab nak bermewah-mewah.
Lepas kahwin boleh rancang beli rumah.

Malu apa bossku kalau duduk rumah pangsa,
Duduk rumah kecil bukanlah satu dosa,
Tapi malulah kalau duduk rumah besar tapi kewangan terseksa.

Malu apa bossku pergi kerja pakai motor kapchai,
Yang penting nak ke ofis mesti sampai,
Biarlah tak pakai kereta besar daripada hidup tersiksa nak bayar installment terkapai-kapai.

Malu apa bossku bawa bekal pergi tempat kerja,
Biarlah kita banyak menyimpan ketika orang lain sibuk berbelanja,
Kelak tua nanti kita boleh duduk rehat ketika orang tua lain terpaksa bekerja.

Malu apa bossku kalau tak beli baju mahal untuk bergaya,
Baju murah mahal bukan tanda orang berjaya,
Yang penting ialah apa yang kita yakin dan percaya.

Malu apa bossku buat bisnes kecil-kecilan,
Yang penting tak langgar syariat dan peraturan,
Biar kecil asal berhasil daripada besar-besaran tapi akhirnya tinggal kenang-kenangan.

Malu apa bossku hidup bersederhana,
Daripada hidup nampak macam kaya tapi papa,
Biarlah orang tak tahu kita sebenanrya jutawan dari syurga,
Daripada kita tak sedar terperangkap dalam neraka.

Malu apa bosskuuuuu….

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2FB Auto Publish Powered By : XYZScripts.com