fbpx

Hanya perlu takaful personal accident dan medical card sahaja?

  • 9 months ago
  • 3Minutes
  • 448Words
  • 401Views

Ternampak screenshot komen ini di FB Tn Aziz Riadi.

Lalu saya terpanggil untuk memberi respon.

Hairan juga jika ada orang yang lebih 20 tahun dalam bidang insurans, takaful dan pengurusan kewangan berpandangan begini.

Dia kata

1. Langgan takaful untuk kemalangan (personal accident) dan perubatan (medical card) sahaja dah memadai.

2. Takaful keluarga (life insurance) tak ada keperluan

3. Education plan pun tak perlu

4. Pelanggan tak untung kecuali ada claim.

5. Ejen dan kompeni sahaja yang untung

Saya pun sudah lebih 20 tahun dalam bidang yang sama. Secara tepatnya 20 tahun 2 bulan. Kira lebih la. Hehe..

Ini respon saya.

1. Langgan takaful untuk kemalangan (personal accident) dan perubatan (medical card) sahaja dah memadai.

  • Secara umumnya saya setuju.
  • Kalau diikutkan, jika tak ada takaful perubatan atau medical card, kita masih lagi ada pilihan mendapatkan bantuan daripada hospital kerajaan dengan kos yang jauh lebih murah.
  • Tapi, perkhidmatan di hospital swasta lebih selesa berbanding hospital kerajaan dan ia datang dengan kos tertentu.

2. Takaful keluarga (life insurance) tak ada keperluan

  • Saya hairan bagaimana dia yang dah 20 tahun dalam bidang ini tak nampak keperluan takaful?
  • Sekiranya beliau kata takaful kemalangan penting, kenapa takaful untuk meninggal dunia biasa, takaful untuk penyakit kritikal dan lain-lain tidak penting?
  • Adakah dia nak kata orang meninggal dunia disebabkan kemalangan lebih tinggi daripada disebabkan punca yang lain?
  • Di Malaysia, statistik rakyat yang meninggal dunia disebabkan kemalangan hanya sekitar 2% dan 80% berpunca daripada penyakit
  • Jadi, kalau ada 100 orang meninggal hari ini, hanya 2 orang sahaja disebabkan kemalangan, 80 orang disebabkan pelbagai penyakit dan 8% disebabkan perkara-perkara lain.
  • Saya beranggapan beliau tidak menyedari hakikat perkara tersebut.

3. Education plan pun tak perlu

  • Yang ini saya boleh bersetuju.

4. Pelanggan tak untung kecuali ada claim.

  • Inilah masalah besarnya. Mindset melanggan takaful adalah untuk membuat keuntungan.
  • Mindset ini perlu diubah kepada “langgan takaful untuk mengelak kerugian”, bukan untuk mencipta keuntungan.
  • Ia 2 mindset yang berbeza. Analogi mudah adalah begini: Andaikan sebuah kita orang kaya dan mengupah pengawal menjadi jaga rumah. Jika tidak berlaku sebarang kecurian dan rompakan, adakah rugi bayar pengawal jadi jaga? Sudah tentu tidak.
  • Satu lagi, kita perlu kembali kepada asas dan konsep takaful yang asal iaitu saling tolong-menolong antara satu sama lain.

5. Ejen dan kompeni sahaja yang untung

  • Betul, jadi ejen memang untung. Sama macam jadi ejen emas, ejen unit trust, ejen kad prepaid, ejen susu kambing, ejen hartanah dan seumpamanya.
  • Yang penting, ia rezeki yang halal dan patuh syariah. Tak perlu dengki ejen dapat komisen. Ia datang dengan usaha dan kerja keras untuk dapatkan bisnes.
  • Jom jadi ejen. PM tepi. Boleh kita sama-sama buat untung melalui bisnes yang patuh syariah ini.
  • -Komisen ejen takaful boleh dapat sehingga 6 tahun, dengan 40% pada tahun pertama.
  • Boleh klik di sini dan saya sendiri yang akan guide dan coaching rakan-rakan bisnes baru setiap minggu.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Komik Impian Sontot Kredit: MatKomik.com & kartunis Faan Komik ini…