Harga minyak naik akibat krisis global, Anwar tegur pihak yang politikkan isu

Harga minyak naik akibat krisis, Anwar tegur tindakan politikkan isu minyak

BUKIT MERTAJAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur tindakan segelintir pihak yang mengambil kesempatan mempolitikkan isu kenaikan harga minyak global meskipun krisis itu berpunca daripada konflik antarabangsa yang di luar kawalan negara.

Beliau berkata, dalam keadaan dunia berdepan ketegangan geopolitik melibatkan serangan dan krisis Asia Barat, terdapat pihak yang terus menyalahkan kerajaan tanpa memahami realiti sebenar situasi global.

“Ada orang guna kesempatan ini dalam keadaan ekonomi jatuh, minyak tersekat. Bukan salah kita, tetapi masih ada lagi beberapa orang pembangkang maki hamun kita dalam keadaan sekarang.

“Dunia politik ini perlu terkawal dan sepatutnya semua pakat mencari penyelesaian,” katanya ketika berucap pada Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, di sini pada Jumaat. – Bernama

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Add a Comment