Hari ini semuanya masih baik-baik saja, esok belum tentu

Di Falesteeen, kaum Yahudi pada asalnya datang sebagai pelarian dari Eropah selepas pelbagai konflik dan pengusiran. Ada juga yang mengatakan ada konspirasi yang berlaku.

Sebahagian daripada mereka mencari perlindungan di bumi Palestin yang ketika itu majoritinya dihuni oleh umat Islam dan masyarakat Arab tempatan.

Pada peringkat awal, mereka datang sebagai pendatang yang menumpang hidup di tanah orang lain.

Namun sedikit demi sedikit, tanah yang asalnya milik penduduk Palestin mula bertukar tangan.

Penempatan Yahudi semakin bertambah dan kekuatan politik serta ketenteraan mereka semakin kukuh.

Akhirnya mereka berani mengisytiharkan penubuhan negara Isnotreal di bumi yang selama berabad lamanya dihuni oleh rakyat Palestin .

Sejak itu, konflik yang panjang bermula.

Pengkalan tentera dibina.

Tentera Isnotreal mengawal wilayah.

Sebahagian kawasan yang dulunya milik umat Islam tidak lagi berada dalam tangan mereka.

Ada masjid yang berubah fungsi.

Ada kawasan ibadat yang kini dikawal sepenuhnya oleh pihak tentera Isnotreal.

Malah Masjid al Aqsa yang menjadi simbol penting umat Islam kini dikawal ketat oleh askar Israel di pintu masuknya.

Malaysia pula bagaimana?

Tak perlulah paranoid tak tentu pasal.

Watlek watpis sapkok lu.

Tidak perlu risau sangat.

Di negara kita tidak ada pun orang Isnotreal yang menumpang hidup di sini.

Perdana Menteri masih orang Melayu Muslim.

Timbalan Perdana Menteri juga orang Melayu Muslim.

Majoriti menteri juga masih orang Melayu Muslim.

Pandailah mereka menjaga negara ini.

Perlembagaan juga masih menjaga kedudukan Islam dan hak orang Melayu.

Masjid masih berdiri.

Azan masih berkumandang.

Orang Islam masih bebas membaca al Quran.

Jadi tidak perlulah terlalu bising tentang masa depan umat Islam.

Tidak perlu terlalu risau tentang hak orang Melayu.

Tidak perlu terlalu sensitif tentang isu kuil haram.

Tidak perlu terlalu cemas tentang kedatangan pelampau agama lain ke Malaysia

Tak perlu risau orang-orang bukan Islam bergaduh dalam balai polis, ia hanya kes terpencil.

Tidak perlu risau YB-YB non-Muslim pertahankan rumah ibadat yang dibina atas tanah orang lain

Tak perlu risau apabila YB-YB Muslim yang hanya sensitif apabila simbol agama lain dipijak tapi diam apabila Quran kena pijak.

Semua masih nampak aman.

Kita boleh terus bergaduh tentang politik.

Kita boleh terus berbalah sesama sendiri.

Kita boleh terus rasa semuanya baik baik saja.

Nanti apabila keadaan benar-benar berubah, barulah kita fikirkan.

Apabila orang Melayu benar-benar hilang kuasa, barulah kita bangkit.

Apabila masjid sudah bertukar fungsi, barulah kita bersatu.

Apabila azan sudah tidak lagi bebas berkumandang, barulah kita sedar sesuatu telah berlaku.

Apabila undang-undang sudah berubah sepenuhnya, barulah kita mula membantah.

Apabila semuanya sudah terlambat, barulah kita mencari jalan untuk mempertahankan apa yang tinggal.

Buat masa ini tidak mengapa.

Teruskan saja hidup seperti biasa.

Baca tulisan ini sekadar lalu di timeline.

Tidak perlu komen.

Tidak perlu like.

Tidak perlu kongsi.

Simpan sahaja.

Suatu hari nanti, mungkin tulisan seperti ini akan dibaca semula dengan perasaan yang berbeza.

Afyan Mat Rawi.
Pernah menziarahi Palestin dan sempat selfi dengan askar Israel dari jauh.

Catatan lain tentang pengalaman di Falesteeen boleh dibaca melalui hashtag #Travelog3Kembara.

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

Add a Comment