Insurans Konvensional Tetap Haram Walaupun Dilaburkan ke Dana Patuh Syariah
Semalam saya terbaca posting di Page Ustaz Lariba berkenaan ejen-ejen insurans konvensional MCIS yang memasarkan produk mereka patuh syariah. Rujuk gambar pertama dan kedua.
Gambar 1
Gambar 2
Kebetulan, isu sama juga pernah Tuan Ahmad Humaizi kongsikan di FB beliau genap setahun lepas. Rujuk gambar ketiga dan keempat.
Gambar 3
Gambar 4
Produk yang dipromosi ialah skim insurans berkelompok untuk ahli koperasi guru.
Yang patuh syariah ialah dana yang dilaburkan. Kontrak polisi tetap insurans konvensional.
Analogi mudahnya begini;
1. Pelanggan beli arak. Hukumnya haram / tidak patuh syariah.
2. Kemudian tauke arak tadi gunakan duit penjualan arak untuk melabur dalam saham patuh syariah. Hukumnya harus / halal / patuh syariah.
Dalam situasi di atas, ada 2 transaksi / kontrak / muamalat berbeza.
Kontrak pertama yang haram, tidak boleh disucikan dengan kontrak kedua yg halal.
Sama macam pendapatan ejen insurans yang haram, tidak boleh dibersihkan melalui zakat atau sedekah.
Saya banyak kali menulis tentang perkara ini.
Status MCIS Zurich Insurance – HALAL / HARAM? – Baca artikel di sini
– Isu MCIS Zurich yang ditulis pada tahun 2011 berkenaan isu ini. Ketika itu siap ada brosur khas yang kemudiannya saya emel ke BNM utk dapat kepastian.
*Artikel in pada tahun 2011, MCIS Zurich merupakan satu syarikat insurans konvensional. Kini, Zurich dan MCIS berasingan.
Tidak Ada Istilah “BELI” dan “JUAL” Dalam Takaful – Baca artikel di sini
– Selain menggunakan hujah bahawa pelaburan mereka ke dana patuh syariah, antara hujah lain yang digunakan untuk mengatakan mereka patuh syariah ialah medical card tiada saving. Baca artikel ini untuk menolak hujahan mereka
Pilihlah Takaful dan Elakkan Insurans Konvensional – Baca artikel di sini
– Ada ejen yang memasarkan kedua-dua insurans komersial /konvensional dan takaful serentak. Nasihat saya, fokuslah produk takaful sahaja sekalipun berada dalam kompeni insurans konvensional.
Hukum Mempromosi Produk Insurans Konvensional dan Takaful Serentak – Baca artikel di sini
– Tulisan Ust Zarifi, pegawai JAKIM tentang hukum memasarkan insurans dan takaful serentak.
Ada Ejen Insurans Konvensional Tapi Mendakwa Produk Insurans Yang Dipasarkan, Patuh Syariah – Baca artikel di sini
– Dalam tulisan ini saya turut sertakan cadangan kepada BNM untuk mengasingkan terus nama dan brand syarikat insurans konvensional dengan syarikat takaful untuk mengelakkan kekeliruan.
Banyak lagi posting-posting lain di blog saya berkaitan isu-isu kewangan yang saya bangunkan sejak lebih 10 tahun lalu.
Moga ia menjadi saham saya di akhirat kelak.
Jemput baca dan klik see first FB ini.
Mencari yang halal itu fardhu ain. Halal haram bukan sekadar makanan.
Yes, Buy Muslim First. But, Buy Halal FOREVER. Bukan Buy Halal First.
Afyan Mat Rawi
Aku ingin menjadi yang halal buatmu.. Eh?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran