fbpx

Isu Harta Sepencarian

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 352Words
  • 548Views

Isu harta sepencarian merupakan isu fiqh muamalat kontemporari.
Ia tidak ada secara jelas di dalam al-Quran, Hadith malah dalam kitab-kitab fiqh 4 mazhab.

Di Malaysia, harta sepencarian merujuk kepada harta yang dimiliki oleh pasangan suami isteri SELEPAS berkahwin. Kata kuncinya ialah “SELEPAS BERKAHWIN”.

Isu harta sepencarian, akan timbul dalam 3 situasi, iaitu;

1. Kematian salah seorang pasangan
2. Poligami
3. Penceraian

Apabila berlaku ketiga-tiga situasi di atas, maka akan timbul isu harta sepencarian.

Dan selalunya isu ini akan timbul dalam situasi yang tidak harmoni, yakni berlaku perebutan hak masing-masing di antara ahli waris (dalam kes kematian), atau di antara suami-isteri (dalam kes poligami dan penceraian).

Praktis di Malaysia, isu harta sepencarian terpaksa diputuskan di mahkamah. Apabila ia berlaku dalam keadaan tidak harmoni dan perebutan, sudah tentu ia boleh meretakkan hubungan keluarga dan merumitkan keadaan.

Sebagai contoh, dalam kes kematian si isteri, akan timbul tuntutan harta sepencarian oleh si isteri di mahkamah. Situasi akan bertambah sulit apabila adik beradik si suami masuk campur menuntut hak faraidh mereka dalam kes pasangan tanpa anak atau tiada anak lelaki.

Tambah memeritkan, apabila si suami terpaksa turun naik mahkamah untuk menuntut harta sepencarian yang dibina bersama suami ketika hidup dan di atas nama suami.

Jika dalam kes penceraian dan poligami, lebih akan menimbulkan berantakan terutama proses penceraian dan poligami berlaku dalam keadaan tidak harmoni. Jarang sekali di Malaysia berlaku kes penceraian dan poligami secara baik. Ada, tapi jarang-jarang berlaku.

Sebenarnya, ada SOLUSI untuk perkara ini.

SOLUSInya ialah dengan membuat satu perjanjian di antara suami isteri melalui DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN.

Sebaiknya ia dibuat melalui peguam atau melalui pemegang amanah. Dalam deklarasi ini, pasangan akan mengisytiharkan mana-mana harta sebagai harta sepencarian dan ia hendaklah mempunyai saksi dan duti stem.

Dengan dokumen ini, apabila berlaku ketiga-tiga situasi di atas, ia lebih memudahkan pasangan yang terlibat dan juga mahkamah untuk memutuskannya.

Dan yang paling penting, ia perlu dilakukan ketika rumah tangga harmoni, sebelum berlakunya 3 perkara di atas.

Selain itu juga, pasangan suami isteri boleh rancang “Loving Couple Hibah Policy”. Hibah takaful dgn pampasan berganda sehingga RM1 juta dengan sumbangan serendah RM99 sebulan bagi peserta berusia 30 tahun. Klik di sini

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Situasi 1 Seorang doktor, apabila mengarahkan anggota badan pesakitnya dipotong…