Isu Zain Saidin potong medical card: Jangan terburu-buru batalkan pelan lama

Apabila mengetahui video pelakon Zain Saidin yang kecewa hingga memotong medical card yang dilanggan selama 12 tahun, saya sangka isu GL ditolak.

Rupa-rupanya bukan.

Menurut beliau, kos rawatan hospital ditanggung oleh syarikat takaful berkenaan.

Apa yang mengecewakan beliau ialah tuntutan manfaat elaun hospital yang sebelum ini pernah diterima, kali ini tidak dapat dituntut.

Tambah mengecewakan apabila beliau mendakwa rekod tuntutan terdahulu juga tiada dalam sistem.

Saya simpati dengan apa yang berlaku.

Apa yang menarik perhatian saya ialah manfaat elaun hospital sebenarnya semakin sukar ditemui dalam pelan-pelan perubatan baharu pada hari ini.

Malah, banyak syarikat takaful sudah tidak lagi menawarkan manfaat tersebut kepada pelanggan baharu, termasuk syarikat takaful berkenaan.

Jadi biarlah pihak syarikat sendiri memberikan penjelasan rasmi berhubung perkara itu.

UPDATE: Syarikat dah berikan komen sejam selepas posting ini. Saya sertakan di komen

Namun, sebagai seorang yang terlibat dalam industri ini, tindakan membatalkan medical card yang telah berkuat kuasa selama 12 tahun dan menggantikannya dengan pelan baharu mempunyai beberapa risiko yang perlu dipertimbangkan.

Pertama, sebarang penyakit yang pernah dituntut sebelum ini hampir pasti tidak akan dilindungi oleh pelan baharu.

Kedua, penyakit sedia ada yang telah disedari atau mungkin belum disedari dan belum pernah dituntut juga berisiko tidak dilindungi.

Ketiga, tempoh menunggu akan bermula semula dari awal.

Keempat, tempoh contestable period juga akan bermula semula.

Kelima, pertukaran pelan tidak semestinya memberi kelebihan kepada pemegang sijil walaupun mungkin memberi manfaat kepada ejen baharu.

Pilihan yang lebih selamat ialah kekalkan pelan sedia ada dan menambah pelan baharu sekiranya mahu mendapatkan manfaat elaun hospital.

Tambahan pula, manfaat elaun hospital hari ini bukanlah sesuatu yang mudah diperoleh seperti dahulu.

Masih ada beberapa pilihan di pasaran, tetapi tidak sebanyak seperti suatu ketika dahulu.

Sebab itu, sebelum membuat keputusan menamatkan pelan sedia ada, buat sedikit kajian terlebih dahulu.

Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Afyan Mat Rawi

Ejen cabuk

Jemput follow Afyan Mat Rawi, IFP untuk lagi tip-tip kewangan dari Wakanda

Suber dari Fb Afyan Mat Rawi

Iklan

Add a Comment