Jangan Buat Silap Bab Urus Hutang Arwah

Dipetik dari FB Aiman Zaki Salleh

Ramai waris buat silap bab urus hutang arwah.

Antara 3 situasi yang kami selalu hadapi;

1. Waris rasa hak dan bahagian mereka akan berkurang jika bayar hutang arwah.

Agihan pusaka berjalan. Tapi hutang tak selesai sebab waris fokus pada bahagian masing-masing. Kena ingat kos kebumi, harta sepencarian dan hutang perlu diselesaikan menggunakan harta arwah sebelum diagihkan pada waris.

2. Hutang arwah baru ‘timbul’, waris buat tak tahu.

Waris dah urus pusaka dan bayar hutang. Tiba-tiba baru dapat dokumen hutang arwah masih ada belum selesai. Waris semua dah dapat bahagian masing-masing, hutang baru timbul ni semua buat tak tahu.

3. Waris tak usaha untuk selesaikan hutang arwah.

Arwah tidak meninggalkan tunai yang mencukupi tapi ada aset dan hartanah lain. Waris tiada inisiatif untuk mencairkan aset yang ada untuk selesaikan hutang arwah.

Jika salah satu situasi ini berlaku, malang sungguh jika kita adalah arwah itu.

Bagaimana nak selesaikan perkara ini?

Kami akan usahakan penyelesaian bergantung pada fakta dan muafakat waris. Itupun jika waris datang minta bantuan dan kaunseling dari kami.

Langkah terbaik, sediakan dokumen perwarisan dan lantik kami sebagai pihak ketiga membantu waris dalam urusan penyelesaian hutang.

Jangan main-main dengan hutang. Ustaz kata, mati syahid patut boleh terus masuk syurga tanpa hisab. Tapi sebab ada hutang, roh jadi tergantung.

‘Tapi, saya ni banyak hutang – bila saya mati, jual semua aset pun tak boleh nak selesai hutang’

Dalam kes wujud liabiliti tidak dilindungi, instrumen ‘debt settlement takaful’ boleh memainkan peranan.

Umur 35 tahun, untuk dana pantas RM200,000.00 bagi tujuan penyelesaian hutang – hanya RM50 sebulan. Boleh tanya pada mana-mana ejen.

Bukan bermakna dah ada cara ni kita tak perlu selesaikan hutang.

Tetap berusaha sehabis baik selesaikan hutang, takaful membantu jika berlaku kematian awal/luar jangka atau kelumpuhan.

Jika direzkikan hutang selesai, duit ini waris boleh guna untuk kos urus pusaka nanti.

Direzkikan duit tunai urus pusaka dah cukup, baru lah takaful ni kau boleh hibahkan pada isteri tersayang.

Susun penama dan masukkan semua hasrat ni dalam dokumen wasiat kita.

Nampak tak strategi ni?

Kita merancang yang untuk kehidupan lebih baik.

Dunia dan akhirat.

Pesanan akhir,

Rancang pusaka lebih mudah dari urus pusaka.

Rancang kewangan, ubah kehidupan!

#teamINFAQ
#kewangan
#takaful
#rancangpusaka
#uruspusaka

Info ni membantu perancangan kewangan anda?

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi