Jangan Ceritakan Kepada Anak-Anak Kita Kisah Si Tanggang, Mat Jenin, Hang Nadim, Pak Pandir Kepada Anak-anak Kita
Si Tanggang – mati disumpah menjadi batu kerana menderhaka.
Apa salah beliau?
Apa dosa beliau sehingga dimatikan sebegitu rupa?
Kita selusuri kisahnya.
Si Tanggang, asalnya anak kampung yang merantau keluar daripada kampung kerana ingin mengubah kehidupan diri sendiri. Dia kemudiannya menjadi anak kapal dan membina karier menjadi kepercayaan nakhoda kapal.
Dia menjadi orang kepercayaan nakhoda kapal sehingga akhir sekali dikahwinkan dengan anak gadis nakhoda kapal. Ada riwayat mengatakan dia berkahwin dengan puteri raja.
“Kapten” Tanggang akhirnya merantau sehingga berlabuh dekat dengan bekas kampungnya yang pernah ditinggalkan.
Titik perubahan Tanggang ialah apabila ibunya datang ke kapalnya dan diejek-ejek. Akibat malu yang amat, Tanggang tidak mahu mengaku itu adalah ibunya.
Akhir sekali – semua orang tahu – akibat kecewa maka ibu Tanggang berdoa agar Si Tanggang menjadi batu. Makbul doa ibu, Tanggang akhirnya menjadi batu.
Apa pengajaran yang diperoleh dari cerita dongeng ini?
Pengajaran yang “kononnya” diperolehi dari cerita ini ialah jangan sekali-kali menderhaka kepada ibu bapa.
Maka cerita ini diceritakan dari turun temurun dalam masyarakat Melayu supaya menjadi pengajaran kepada anak cucu cicit Melayu, agar jangan sekali-kali menderhaka.
Cuba kita lihat dari sudut berbeza.
Bukankah cerita sebegini memberi satu konotasi negetif terhadap kekayaan?
Secara minda separa sedar (subconcious mind), apa yang ditanam dalam minda anak-anak kita ialah seperti berikut:-
– SI TANGGANG JADI BATU,
kenapa di jadi batu?
– sebab SI TANGGANG DERHAKA,
kenapa dia derhaka?
– sebab SI TANGGANG MALU MENGAKU IBU,
kenapa dia malu mengaku ibu?
– sebab SI TANGGANG SUDAH KAYA,
kenapa dia kaya?
– selepas SI TANGGANG BEKERJA DENGAN NAKHODA KAPAL,
kenapa dia bekerja di situ?
– sebab SI TANGGANG KELUAR DARI KAMPUNG,
kenapa dia keluar dari kampung?
– sebab SI TANGGANG INGIN MENGUBAH KEHIDUPAN?
kenapa dia ingin mengubah kehidupan?
– sebab SELAMA INI SI TANGGANG HIDUP DALAM KEADAAN MISKIN!
Apa yang ditanam di dalam minda separuh sedar kita ialah;
“JANGAN JADI KAYA SEBAB NANTI KALAU KAYA AKAN JADI SOMBONG MACAM SI TANGGANG”.
KAYA = SOMBONG.
Salahkah Si Tanggang keluar daripada kampung untuk mengubah nasibnya? TAK SALAH.
Salahkah Si Tanggang bekerja sebagai anak kapal sehingga akhirnya menjadi orang kepercayaan nakhoda? TAK SALAH!
Salahkah Si Tanggang menjadi kaya dan berkahwin dengan akan nakhoda kapa / puteri raja? TAK SALAH.
Tapi akhirnya SI TAGGANG menjadi DERHAKA dan DISUMPAH MENJADI BATU.
Ini yang paling diingati “SI TANGGANG JADI BATU SEBAB DERHAKA, SEBAB DIA KAYA”.
Ini yang ditanam selama ini lewat cerita dongang Si Tanggang.
Ini yang menjadikan umat Melayu tidak kaya-kaya!
Jika kita lihat di Malaysia, di mana kekayaan orang Melayu Islam?
Orang Melayu, yang tinggal di bumi Tanah Melayu pun masih tinggal di rumah sewa. Oh, bukan salah kita tinggal menyewa tapi malang sekali jika orang Melayu tidak memiliki hartanah di bumi Tanah Melayu.
Itu baru masuk isu hartanah, yang menjadi keperluan asas. Tidak masuk isu kemiskinan tegar, pendidikan, ekonomi, perniagaan – semuanya orang Melayu di belakang.
Dalam tulisan ini, apabila saya tulis Melayu, ia merujuk kepada Melayu-Islam sebagaimana ditakrifkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Kita bukan salahkah Si Tanggang, sebab Si Tanggang pun tidak meminta ceritanya tamat di situ. Dia juga tidak meminta pengakhiran hidupnya dia menjadi batu.
Cuma apa yang kita harapkan agar ada perubahan paradigma dalam minda orang Melayu. Orang Melayu bangsa yang hebat, pernah mengusai perdagangan di rantau ini melalui Kerajaan Melayu Melaka.
Tapi malangnya ia hanya tinggal sejarah. Ditambah pula dengan dongeng-dongeng yang tidak diketahui asal usulnya.
Apa yang terjadi dalam ekonomi orang Melayu hari ini bukan berlaku secara tiba-tiba.
Ia lahir dari sebuah peradaban, budaya, sikap yang dipupuk sekian lama.
Kemiskinan bukan terjadi dengan tiba-tiba, begitu juga kekayaan.
Lihat dalam masyarakat barat, dan lihat cerita-cerita dongeng mereka – Cinderella, Rapunzel, Snow White, Frozen dan lain-lain. Semuanya happy ending.
Tidak ada kisah anak jadi batu, emak kena telan batu, dan lain-lain.
Lihat cerita Melayu Si Tanggang, mati jadi batu.
Tidak masuk lagi cerita Hang Nadim, Lebai Malang, Si Luncai, Mat Jenin.
Hang Nadim, mati dibunuh pemerintah kerana memberi idea yang menyelamatkan negara temasik dari dilanggar todak.
Disebabkan ideanya lebih bijak dari idea sultan, maka di dibunuh.
Mat Jenin, mati terjatuh dari pokok kelapa.
Diceritakan dia berangan-angan hendak kahwin dengan puteri raja.
Lihat, bagaimana cerita-cerita ini “membodohkan” bangsa kita.
Salahkah Hang Nadim memberi idea?
Salahkah Mat Jenin memasang angan-angan menjadi peniaga kelapa berjaya?
Oh ya, bagaiman orang yang melihat kematian Mat Jenin dapat tahu yang Mat Jenin bermimpi sebelum jatuh dari pokok kelapa?
Sebenarnya, kisa-kisah ini boleh sahaja ditamatkan dengan cerita “happy ending”.
SI Tanggang kembali ke kampung dan mengubah kampungnya menjadi pekan, seterusnya menjadi bandar dan seterusnya menjadi metropolitan.
Hang Nadim boleh sahaja ditamatkan menjadi anak angkat sultan yang akhirnya berjaya menjadikan Temasik sebuah negara maju tanpa campur tangan bangsa asing umpama sekarang.
Atau Mat Jenin boleh sahaja ditamatkan cerita beliau dengan beliau turun dari pokok kelapa dan merencanakan angan-angan bisnes beliau kepada Bussines Model Canvas (BMC) dan akhirnya menjadi syarikat konglomorat Melayu yang berdaya saing!
Siapa yang patut mengubahnya?
Kita, orang Melayu.
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran