fbpx

Jangan Letak Hibah Dalam Polisi Takaful

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 298Words
  • 366Views

Biasa kita dengar, promosi hibah takaful dengan ayat-ayat di bawah:

“Hibah takaful untuk selesaikan hutang”,

“Hibah takaful dapat selesaikan masalah pusaka”.

Sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut?

Tahukah anda, hibah takaful akan menimbulkan masalah di kemudian hari sekiranya tak dirancang dengan betul ketika hidup.

Contoh situasi:

Suami beli rumah melalui bank. Atas advise oleh ejen, si suami tadi berjaya nego dengan bank, tak perlu langgan MRTT dan digantikan dengan hibah takaful.

Jadi, suami tadi langgan hibah takaful, dsn letakkan nama isteri sebagai penerima hibah. Si suami berpesan kepada is isteri:

“Abang dah langgan hibah takaful dan letak nama Sayang dalam polisi. Kalau Abang tak ada kelak, boleh gunakan hibah takaful tadi untuk bayar hutang rumah kita”

Si isteri menangguk-angguk mendengar pesanan si suami.

Pasangan suami isteri tadi mempunyai anak-anak perempuan yang masih kecil dan masing-masing mempunyai waris dari kalangan ibu bada dan adik beradik.

Suami meninggal tinggalkan hutang

Langit tak selalu cerah. Hendak dijadikan cerita, si suami meninggal dunia dan kemudian si isteri tadi dapat pampasan hibah daripada polisi arwah suami.

Kemudian, si balu menunaikan hasrat arwah suami, bayar segala hutang rumah kepada bank.

Maka di sinilah masalah baru akan timbul.

Rumah atas nama arwah suami tadi, bukanlah milik mutlak si balu. Ia menjadi milik waris-waris suami termasuk ibu, bapa dan adik beradik arwah selain isteri dan anak-anak perempuan meraka.

Berdasarkan faraid, hak isteri adalah 1/8 daripada harta pusaka arwah suami selepas ditolak harta sepencarian.

Jadi, dalam situasi di atas, hibah takaful tidak menyelesaikan pun masalah, malah menambah masalah baru kepads balu arwah.

Jadi, apa solusi nya? Jangan letakkan hibah dalam polisi takaful anda. Letakkan penamaan biasa, tanpa hibah.

Nanti saya sambung tulisan ini kalau ramai yang nak tahu lebih lanjut apa bezanya hibah dengan penamaan biasa.

Dah habis baca? Boleh bagi love sikit?

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Takaful adalah produk perlindungan kewangan. Manakala hibah pula bermaksud hadiah…