Jangan merendahkan hukum faraid demi mempromosi produk hibah

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:198Views

Hibah itu bagus tapi kenapa perlu sampai merendahkan faraid?

Siapa boleh jamin dengan adanya hibah, waris-waris tidak bergaduh pasal harta pusaka?

Hibah, takaful, faraid – ke semua instrumen kewangan ini ada fungsi dan peranan masing-masing. Tak ada yang sempurna mengatasi yang lain.

Pergaduhan pusaka tetap boleh berlaku sekalipun sudah sediakan hibah. Lebih-lebih lagi apabila ada waris tidak berasa hibah dibuat dengan adil.

Pineng kalau hari-hari macam ni….

UPDATE: Ramai yg pertikaikan ayat saya di atas:

“Hibah, takaful, faraid – ke semua instrumen kewangan ini ada fungsi dan peranan masing-masing. Tak ada yang sempurna mengatasi yang lain”

Terlebih dahulu, fahami konteks ayat saya di atas. Ayat saya “Tak ada yang sempurna mengatasi yg lain”. Frasa “sempurna” dan “sempurna mengatasi yang lain” memberi konotasi berbeza.

“Faraid itu sempurna”, adalah betul.

Namun utk katakan “faraid itu sempurna mengatasi yang lain” adalah tidak tepat.

Buktinya, waris ada hak untuk tidak mengikut faraid jika semua bersepakat.

Analogi mudah: Zakat itu sempurna. Tapi utk mengatakan “zakat itu sempurna mengatasi yg lain”, adalah kurang tepat.

Selain zakat, ada lagi instrumen-instrumen lain.

Analogi lain yang lebih mudah difahami: Manusia adalah ciptaan Allah yang sempurna. Tapi ia tetap ada kelemahan. Jika kita kata manusia tak sempurna, adakah rosak akidah?

Wallahua’lam.

IKLAN

Jika mahukan advise perancangan takaful dan pusaka daripada team INFAQ, boleh wasap di sini.

Jika usia 30 tahun, dengan sumbangan bulanan RM40++, boleh dapat manfaat RM200K g boleh dihibahkan

Klik di sini

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Alhamdulillah, untung 5% dalam masa 24 jam! Boleh saya claim…