Jika pulangan ASB 5%, masih untung ke?
Soalan yang paling famous sekarang ialah, “Jika pulangan ASB 5%, masih untung ke?”
Selepas membaca posting-posting berkenaan isu ini, saya menjumpai satu aplikasi yang memudahkan pengiraan untuk persoalan tersebut
Boleh cari aplikasi KiraASB
Selepas membuat kiraan menggunakan apps ini dan membandingkan dengan aplikasi financial kalkulator yang biasa saya gunakan, maka saya dapat jawapan.
Jawapannya, YA..
Untung RM466.72, berbanding simpan ASB tanpa financing yang memberi pulangan RM338.49.
Andaian yang saya gunakan dalam pengiraan ini ialah
Kadar ASBF 4.8%
Pulangan ASB 5% (saya abaikan bonus 0.5%)
Cuba rakan-rakan semak, betul tak kiraan ini.
NOTA: ASB Financing adalah sejenis pelaburan jangka masa panjang yang mempunyai risiko tersendiri. Posting ini bukan untuk menggalakkan pembaca membatalkan ASBF dalam masa setahun. Ia adalah simulasi andaian dan panduan bagi palabur-pelabur yang bertanyakan soalan ini.
NOTA 2: Saya bukan ejen ASBF. Bukan juga ejen MATA
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran