fbpx

Kaedah Urus Kewangan Okozukai

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 384Words
  • 483Views

Dipetik dari FB Kamal Zharif Bin Kamaludin

Kalian yang sudah berkahwin, siapa yang uruskan kewangan? Si suami atau si isteri? Kalau di Jepun stailnya sedikit berbeza. Mungkin ketika COVID-19 ini pasangan suami isteri Malaysia juga sesuai mengamalkannya.

Mengikut survey yang dibuat oleh Mynavi Jp, misalkan si isteri menjadi suri rumah sepenuh masa, seramai 62.5% isteri yang menguruskannya. Si suami pula yang menerima ‘gaji’ daripada pasangannya. Kalau sedikit jumlahnya, itu sajalah. Kalau dapat isteri yang strict, nak minta lebih silap-silap nak kena ‘menyembah’ gaya orang Jepun.

Stail menguruskannya dipanggil Okozukai お小遣い. Mungkin paling senang nak kita ingat adalah istilah Pocket Money. Gaji yang suami dapat daripada syarikat tempatnya bekerja akan diberikan kepada si isteri. Setelah ditolak semua perbelanjaan penting, akhirnya ‘gaji bersih’ itulah yang suami akan terima. Kalian boleh tengok yang isteri Jepun ada kuasa nak tentukan cara nak guna duit.

Kelebihannya senang hendak ‘track’ pengaliran duit. Jadi kurang masalah duit yang susah nak nampak. ‘Gaji bersih’ yang suami terima itu boleh guna buat apa?

7 benda yang suami boleh enjoy:

  1. Duit bil smartphone.
  2. Duit makan tengahari.
  3. Duit beli barang mewah, contohnya beli kopi di vending machine.
  4. Duit pergi parti minum bersama dengan rakan sekerja. (mesyuarat tak rasmi di restoran atau bar)
  5. Duit beli bahan bacaan macam manga, majalah atau buku.
  6. Duit beli peralatan untuk kerja seperti pakaian dan juga alatan grooming lelaki.
  7. Duit minyak kereta.
  8. Duit bersuka ria.

Baik, berapa jumlah okozukai yang suami terima? Menurut survei yang Shinsei Bank Group buat pada tahun 2020, kita tengok kategori pasangan yang ada anak + isteri suri rumah. Pocket Money yang diterima adalah dalam purat 35,965 yen sebulan (RM1,439). Nampak macam tinggi, tetapi kalau ikutkan feeling, 36000 yen macam RM360 sebulan di Malaysia. Biasanya 7-10% dari gaji asal akan isteri guna untuk Okozukai.

Seandainya suami tak puas hati jumlah okozukai yang si isteri bagi, dia boleh berdiskusi. Cuma selalunya jawapan isteri adalah “Awak kena buat lagi banyak duit, lepas itu baru boleh dapat okozukai lagi tinggi.”

Selain itu, kalian pun boleh amalkan ilmu pengurusan kewangan khas yang namanya Kakeibo. Kelebihannya adalah simple dan tak susah nak faham. Boleh baca artikelnya di sini.

Kalau nak fahamkan gaya orang kita punya ilmu kewangan, kalian boleh follow FB tuan Afyan Mat Rawi

 

Beliau ada buat buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW. Boleh klik link ini untuk tahu mengenainya:

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pulangan memberangsangkan Akhir-akhir ini ramai yang berminat dengan Private Mandate.…