fbpx

Sebelum Beli Kereta Baca Ini Dahulu

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 317Words
  • 522Views

Tengah survey kereta ke tuuuuu????

Sebelum beli, elok baca juga posting ini.

Saya tahu, sekarang musim orang survey kereta baru. Bukan untuk menghalang, tapi untuk berkongsi pengalaman.

Apabila bertemu dengan individu-individu yang mempunyai masalah kewangan, berikut adalah beberapa situasi yang saya temui;

  • Dalam banyak situasi, kereta bukan keperluan dan banyak mendatangkan musibat kepada pemiliknya berbanding manfaat.
  • Dalam banyak situasi, kereta digunakan HANYA untuk pergi dan balik kerja sahaja dan sesekali sahaja untuk perjalanan jarak jauh.
  • Dalam banyak situasi, pembayaran ansuran kereta kita-kira 30% ke 40% daripada gaji.
  • Dalam banyak situasi, apabila dikira kos sebenar memiliki kereta termasuk petrol, tol, servis maintenance, parking, roadtax, takaful kereta, tayar, aircond, saman, aksesori dan sebagainya – ia mencecah 50% ke 70% daripada gaji.
  • Bermakna, kerja separuh hari hanya untuk menganggung kereta ?
  • Bermakna, kerja Isnin sampai Rabu hanya untuk menanggung kos membela kereta ?
  • Bermakna kerja dari 1hb hingga 15hb hanya untuk membayar kereta ?
  • Bermakna, kerja dari Januari hingga Jun / Julai hanya untuk kereta ?

Solusi;

  • Dalam banyak situasi juga, masalah kewangan dapat diselesaikan dengan menjual kereta atau paling kurang tukar kereta yang lebih murah dan rendah maintenance.
  • Tapi tak ramai yang mengalami masalah kewangan, yang SANGGUP untuk mengorbankan kereta mereka.

Rela menanggung beban kereta daripada selesaikan masalah kewangan.

Kata mereka;

“Kalau pakai kereta kecik, nanti apa orang kata” walhal bukan orang yang mengata tu nanti bayar installment kereta kita.

“Saya beli sebab nak bawa balik kampung” walhal balik kampung sekali sekala.

“Saya beli kereta besar supaya senang bawa anak-anak ramai nanti” walhal anak baru dua orang

“Saya beli kereta sebab nak pergi ofis” ini dah saya hurai panjang di atas.

Bermakna masalah yang dihadapi bukanlah masalah kewangan, tapi masalah emosi.

Panduan dan tips beli kereta adalah antara topik menarik dalam E-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW.

Ketahui bagaimana strategi kumpul simpanan melalui kos membeli kereta.

Klik eSeminarBMW

Mesti ada yang kecam sebab posting ambil kesempatan untuk promote produk. Hoho!

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ramai yang keliru apa yang dimaksudkan dengan Pemegang Amanah dan…