fbpx

Kegembiraan Ejen Takaful : Menguruskan Tuntutan / Claim Kematian dan Sakit Kritikal RM300,000

  • 4 years ago
  • 4Minutes
  • 717Words
  • 1141Views

 

Antara kegembiraan seseorang ejen takaful, selain daripada berjaya close case atau pelanggan sign up polisi, ialah kegembiraan apabila claim pelanggan diluluskan.

Sepanjang saya menjadi ejen takaful sejak 2003, ini merupakan kes ke-4 yang melibatkan tuntutan kematian, dan kes kedua melibatkan penyakit kritikal.

Kes ini antara claim terbesar yang saya uruskan, hampir RM300,000 jumlah pampasan yang diterima.

Puan Siti (bukan nama sebenar) seorang guru kerajaan, mengenali saya melalui media sosial FB dan blog saya.

Selepas beberapa pertemuan dan kongsikan modul kewangan INFAQ, beliau menjadi pelanggan saya untuk beberapa produk kewangan.

Polisi takaful beliau sign up pada penghujung tahun 2015, dan berkuatkuasa pada Januari 2016.

Ketika itu beliau berusia 25 tahun. Dengan sumbangan RM200, beliau mendapat perlindungan berikut:

  • Manfaat Kematian dan Lumpuh RM150,000
  • Manfaat Penyakit Kritikal Komprehensif RM100,000
  • Manfaat Kanser peringkat awal RM35,000
  • Manfaat Diabetis RM20,000
  • Manfaat Penyakit Wanita RM50,000
  • Manfaat Elaun hospital RM100
  • Manfaat Waiver

Polisi beliau tanpa medical card.

Beliau melanggan sejak daripada bujang sehingga berkahwin dan mempunyai anak.

Selepas 2 tahun melanggan polisi, beliau disahkan menghidap kanser tahap 4.

Terkejut besar saya. Orangnya masih muda. Baru setahun dua mendirikan rumah tangga dengan seorang cahaya mata yang masih kecil.

Selepas semua laporan perubatan dan borang berkaitan claim kanser tahap 4 dihantar, sebelum sempat claim pampasan kanser diluluskan, pelanggan meninggal dunia.

AllahuAkbar. Sebaik sahaja saya merima pengkhabaran tersebut, terus saya hubungi suami arwah untuk ucapkan takziah.

Antara cabaran besar sepanjang menguruskan claim ini ialah usaha untuk mendapat laporan perubatan daripada pihak hospital dan beberapa borang yang perlu diisi oleh doktor yang merawat.

Selain itu, cabaran untuk menghubungi bekas sekolah yang arwah pernah mengajar di pedalaman Sabah.

Proses investigasi ini memakan masa dan melecehkan memandangkan bekas sekolah arwah mengajar sebelum berpindah di semananjung, sukar dihubungi. Carian di Google juga tidak membantu sangat. Terpaksa hubungi Pejabat Pendidikan dalam usaha menghubungi pentadbir sekolah berkenaan.

Tambah juga proses claim yang baru kali kedua saya uruskan untuk kes penyakit kritikal dan kematian serentak, menyebabkan saya terlepas pandang beberapa borang dan dokumen penting untuk diuruskan.

Alhamdulillah selepas berbulan-bulan akhirnya selesai. Gembira bukan kepalang! Lebih gembira dari close kes!

Untuk pampasan penyakit kanser, waris arwah mendapat RM137,000 dan beberapa bulan selepas itu, pampasan untuk kes kematian pula sebanyak RM150,000.

Total pampasan yang diterima ialah RM287,000 berbanding caruman sebanyak RM200 sebulan selama tidak sampai 3 tahun.

Pampasan diterima atas nama ayah arwah, yang juga sebagai penerima hibah takaful arwah.

Agak ralat Jug sebab saya terlepas pandang untuk menukar nama penerima hibah dan penama kepada nama suami arwah.

Takziah buat keluarga arwah Pn Siti. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

—-

Alang-alang berkongsi pengalaman peribadi ini, suka saya kongsikan lagi pengalaman memasarkan takaful dan menguruskan claim.

Sejak dari dahulu, saya lebih suka fokus untuk berkongsi tentang fungsi takaful dari sudut perlindungan pendapatan (income protection) berbanding medical card. Tambahan pula ketika itu, belum ada produk medical card dari syarikat takaful.

Dari tahun pertama saya menjadi ejen, saya banyak fokus untuk memberi kesedaran peri penting perlindungan asas takaful iaitu kematian, lumpuh dan penyakit kritikal.

Ia merupakan fungsi utama takaful, sebelum fungsi medical card.

Sebab, jika tiada medical card, kita masih ada alternatif hospital kerajaan sekalipun mutu perkhidmatan ada kekurangan dan kelebihan tersendiri berbanding hospital swasta.

Berbanding jika tiada coverage asas ini, apa alternatif yang ada jika berlaku kematian / lumpuh / sakit kritikal?

Kutip derma? Berapa kali hendak kutip derma setiap kali berlaku musibah?

Kutip derma ialah caruman takaful yang sepatutnya di
langgan sebelum berlaku musibah, yang tersakiti.

Takaful itu sendiri konsepnya ialah tolong-menolong, bantu-membantu melalui tabung derma.

Fungsi asas takaful yang tiada pada mana-mana produk lain ialah untuk menggantikan pendapatan pemilik polisi jika berlaku kematian, hilang upaya kekal dan penyakit kritikal.

Fungsi ini tidak boleh digantikan oleh produk-produk kewangan lain seperti akaun bank, ASB Financing, kad kredit, dan sebagainya.

Fungsi medical card pula ialah fungsi kedua yang tidak kurang pentingnya.

Manakala fungsi lain seperti simpanan, pelaburan, dapat tiket wayang free – bukanlah fungsi utama. Ia boleh diperolehi tanpa melanggan takaful.

Jika tulisan ini bermanfaat, kongsikan.

Mohon doakan arwah.

Afyan Mat Rawi
Baru 16 tahun jadi ejen takaful. Mohon doakan saya istiqamah.

Baca sampai habis? Minta tolong sikit;

1. Follow dan klik see first fb.com/afyan.ikhlas jika belum
2. Klik share posting ini
3. Jemput follow saya di beberapa media sosial lain;
– Telegram t.me/AfyanIFP
– YouTube.com/c/AfyanIFP
– Instagram.com/Afyan.IFP

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Semalam saya terbaca posting di Page Ustaz Lariba berkenaan ejen-ejen insurans konvensional…