Maqasid Syariah Dalam Kes Kemalangan Maut

Dalam masa seminggu dua ini, ada 2 isu berkaitan kemalangan maut.

 

Kes Pertama

kredit gambar Astro Awani

Pertama, kes beberapa tahun lepas yang melibatkan seorang jurujual wanita yang menyebabkan 8 orang penunggang basikal lajak maut beberapa tahun lepas.

Dalam kes ini diputuskan beliau tidak bersalah

Manakala kes kedua baru berlaku, kemalangan maut disebabkan pemandu mabuk arak.

Dari sudut perundangan sivil, kes jenayah memerlukan pembuktian “beyond reasonable doubt” atau tiada langsung keraguan munasabah.

Berdasarkan undang-undang sivil, ada beberapa hukuman yang mungkin akan dijatuhkan jika didapati bersalah membunuh.

1. Hukuman gantung sampai mati
2. Hukuman penjara
3. Hukuman denda
4. Jika bernasib baik selepas dipenjarakan, berpeluang mendapat pengampunan daripada YDPA.

Jika dalam kes kematian kemalangan, hanya ada 2 sahaja iaitu:
1. Hukuman penjara
2. Hukuman denda.

Dalam kes pertama, peguam pendakwa gagal mengemukakan sebarang keraguan munasabah dalam hal tersebut. Dan ia tidak diklasifikasi sebagai kes bunuh.

Apapun masih ada peluang untuk membawa kes tersebut ke mahkamah rayuan.

 

Kes kedua

Manakala untuk kes kedua, jika pendakwa berjaya buktikan pemandu mabuk, sekurang-kurangnya denda atau penjara atau kedua-duanya.

Kedua-dua kes dibicarakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jadi hukuman maksima ialah denda dan penjara.

Jika dibicarakan di bawah Kanun Keseksaan, barulah ada kemungkinan hukuman gantung.

Kebetulan kedua-dua kes melibatkan pemandu kaum Cina, maka timbul polemik perkauman yang tidak sepatutnya.

Keadilan Islam merentas sempadan bangsa dan agama. Rasulullah pun pernah mengatakan bahawa seandainya Fatimah, anak baginda mencuri, tidak terlepas dari hukuman potong tangan.

Saya bukan nak ulas keputusan tersebut. Kes pertama sudah pun diputuskan oleh mahkamah. Manakala kes kedua akan dibicarakan dan diputuskan.

Suka saya bandingkan undang-undang sivil di atas dengan undang-undang syariah.

Dalam undang-undang Syariah Islam, dalam kes bunuh, ada beberapa situasi dan hukuman yang boleh dipertimbangkan;

Beberapa situasi dalam kes kematian atau kes bunuh;

1. Pembunuhan secara sengaja
2. Pembunuhan secara separuh sengaja
3. Pembunuhan secara tersilap, tersalah

Berikut pula beberapa hukuman yang mungkin dipertimbangkan;

1. Bunuh balas / qisas
2. Bayar ganti rugi kpd keluarga si mati / diyaat
3. Pembunuh dimaafkan oleh keluarga mangsa.

Ketiga-tiganya adalah pilihan kepada keluarga si mati selepas mahkamah membuat perbicaraan yang adil dan saksama, atas nasihat hakim.

Jika dalam kes kedua, kemungkinan pembunuh melakukan jenayah tersebut tanpa niat jadi mungkin tidak sampai ke tahap bunuh balas.

Apa manfaat bunuh balas?

Ia akan menggerunkan masyarakat supaya takut untuk melakukan jenayah ini lagi.

Apa manfaat bayar ganti rugi / diyaat?

Keluarga si mati akan mendapat pampasan kewangan yang hilang akibat kematian si mati yang mungkin dia adalah pencari nafkah keluarga, atau juga pampasan akibat faktor emosi dan sosial yg menjejaskan ekonomi keluarga si mati. Ia mirip manfaat kepentingan “income protection”.

Berbeza dgn hukuman undang-undang jenayah sivil tadi.

Apa manfaat penjara?

Ia adalah tempat penjenayah dikumpul. Apabila mereka berkumpul sebenarnya mereka masuk ke “universiti” kerana di sana mereka dapat belajar dgn otai-atai lama mereka. Malah selepas keluar, mereka boleh menjalankan aktiviti jenayah kembali dgn lebih cekap.

Dalam tempoh pemenjaraan itu, semua makan, minum, tempat tinggal akan ditanggung oleh kerajaan yang menggunakan cukai rakyat. Adakah Tuan-puan redha cukai kita diguna untuk menanggung kos penjenayah? Difahamkan kos menanggung banduan di penjara adalah RM40 dan ia dari cukai yang kita bayar!

Apa pula manfaat denda?

Denda dibayar kpd kerajaan, bukan keluarga mangsa. Jadi, kerajaan yang dapat manfaat daripada denda yang dibayar oleh penjenayah.

Antara perbezaan besar hukuman undang-undang syariah berbanding hukuman undang-undang sivil ialah hak jatuh hukum selepas perbicaraan adil dilakukan ialah; dalam undang-undang syariah hak tersebut milik ahli keluarga manakala dalam undang-undang sivil hak tersebut milik mahkamah.

Maqasid (tujuan) syariah ialah untuk menjaga kebajikan ahli keluarga yang baru kehilangan ahli keluarga.

Nampak tak perbezaan besar antara undang-undang sivil dengan undang-undang syariah?

Jika anda ahli keluarga mangsa, mana satu yang anda rasa lebih adil?

Yang mana lebih menepati fitrah manusia?

#SayaSokongHudud
#SayaSokongQisas
#SayaSokongRUUSyariah

Afyan Mat Rawi, LL.B
Jemput follow dan see first

#Takziah buat ahli keluarga arwah-arwah yang terlibat dalam kemalangan-kemalangan di atas. Moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com