fbpx

Kelebihan Jadi Ejen Takaful Berbanding Jadi Ahli Politik

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 401Words
  • 522Views

Tahukah anda, kerjaya dalam bidang takaful mempunyai potensi pendapatan melebihi pendapatan para menteri?

Jadi ejen takaful boleh jadi kaya dan dapat income lebih banyak dari Menteri, malah Perdana Menteri.

Tapi dalam politik, takkan jadi kaya dengan hanya sekadar menjadi Menteri atau Perdana Menteri. Tapi dengan jawatan itu, boleh jadi kaya apabila dapat kumpul kroni dan projek.

Tak perlu bertanding pilihanraya yang memerlukan modal ribu-ribu sebagai pertaruhan.

Yuran peperiksaan hanyalah RM80 sahaja

Tak perlu menabur manifesto yang bukan janji untuk menang. Kalau ada ejen yang jenis begitu, memang tak lama dalam industri. Kalau dalam politik, yang banyak menipu itulah yang cepat naik.

Tak perlu jilat untuk naik. Cukup syarat, boleh naik terus terus dari ejen takaful kepada Agency Manager dan Group Agency Manager. Tapi dalam politik, bagus macamana pun kalau tak jilat orang atas, tak dapat nak naik.

Kalau ejen takaful dapat pelanggan, akan dapat komisen dari bayaran pelanggan. Tapi kalau ahli politik, untuk dapatkan sokongan kena keluar duit bagi pada penyokong.

Ejen takaful yang tak kompeten, tak cukup training, tak cukup COD hours – lama kelamaan kena terminate. Tapi ahli politik yang tak lawat kawasan kecuali waktu PRU, yang tak datang sidang parlimen, yang datang parlimen pun jadi pasu bunga – boleh bertahan lama.

 Pendapatan sebagai ejen takaful boleh diperolehi secara pasif, malah boleh diwariskan.

Banyak lagi la kelebihan jadi ejen takaful berbanding jadi ahli politik.

Berminat nak jadi ejen takaful?

Isi borang ini :

 

Klik see first Afyan Mat Rawi dan follow Channel Telegram t.me/AfyanIFPutk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
HIGHLIGHT BAJET 2019 - Memperuntukkan subjek kewangan di peringkat bermula…